Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tradisi dan kemodenan perlu seiring capai aspirasi PCDS 2030
  • TEMPATAN

Tradisi dan kemodenan perlu seiring capai aspirasi PCDS 2030

Utusan Sarawak 5 days ago
BERUCAP… Kennedy Chukpai Ugon ketika menyampaikan ucapan perasmian Program iRandau 2025 di Dewan Uma Kulit, Sungai Asap, Belaga.

BELAGA: Semua pihak digesa agar terus berganding bahu membina masa depan yang seimbang antara tradisi dan kemodenan, sejajar dengan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon, berkata usaha ke arah itu penting bagi merapatkan jurang dalam tiga aspek utama iaitu tradisi dan kemodenan, komuniti setempat dan dunia global, serta masa kini dan masa depan.

“Kita perlu menghormati kebijaksanaan nenek moyang sambil menyokong kemajuan teknologi, memperkukuh masyarakat setempat dengan menghubungkannya kepada peluang global, dan membuat keputusan hari ini yang memberi manfaat kepada generasi akan datang,” ujarnya.

KENANGAN… Kennedy Chukpai merakam gambar bersama pemimpin masyarakat dan peserta selepas majlis perasmian iRandau 2025.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program iRandau 2025: International Symposium of Social Sciences, Management, Science & Technology anjuran Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) di Dewan Uma Kulit, BRS Sungai Asap, semalam.

Tambahnya, penganjuran iRandau menjadi penanda aras kolaborasi strategik antara institusi pengajian tinggi dan komuniti akar umbi ke arah masyarakat yang lebih maju, makmur, inklusif dan mampan.

Program tersebut menghimpunkan pelbagai pihak termasuk wakil akademia, pemimpin masyarakat, dan agensi kerajaan untuk membincangkan peranan ilmu, teknologi dan kemasyarakatan dalam membina masa depan komuniti luar bandar.

Turut hadir Felo Kursi Institut Raja-Raja Melayu di UiTM yang juga Felo Akademi Sains Malaysia dan Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara, Datuk Prof. Dr. Jayum Jawan, wakil Pegawai Daerah Belaga, Sylvester George, Pengarah Pusat Belia dan Antarabangsa, Dr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee serta Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Siswazah) Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains UPMS, Dr. Shairil Izwan.

Hadir sama Pengerusi iRandau 2025, Dr. Nurul Hidayu Mat Jusoh, Pemanca Tony Kulleh, Pemanca Umek Jeno, Penghulu Robert Injin serta ketua-ketua kaum dari kawasan BRS Sungai Asap.

Oleh Carolyne Utih

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Lima projek pembangunan dirancang di kawasan Maludam dan Triso
Next: Karnival TVET Sarawak 2025 bakal berlangsung tiga hari di Simanggang November ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.