Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Dua beradik didakwa bunuh DJ pusat hiburan di Kapit
  • MAHKAMAH

Dua beradik didakwa bunuh DJ pusat hiburan di Kapit

Utusan Sarawak 1 week ago
DUA BERADIK… Joseph Ajun dan Billy Ajun dihadapkan di Mahkamah Majistret Sibu hari ini atas pertuduhan membunuh seorang DJ di Kapit, 18 September lalu.

SIBU: Dua beradik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pengendali muzik (DJ) pusat hiburan di Kapit pada 18 September lalu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh, Joseph Ajun, 36, dan adiknya, Billy Ajun, 30, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Oon Kork Chern.

Mahkamah menetapkan 13 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Kapit. Kedua-dua tertuduh juga tidak dibenarkan diikat jamin.

Berdasarkan pertuduhan, Joseph didakwa membunuh mangsa berusia 33 tahun di kaki lima sebuah pusat hiburan di Jalan Tun Jugah, Kapit, sekitar 10.30 malam pada 18 September 2025.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati, atau jika tidak dijatuhkan hukuman mati, penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun serta tidak kurang 12 sebatan.

Sementara itu, Billy didakwa bersubahat dengan abangnya dalam melakukan pembunuhan, satu kesalahan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 302 Kanun yang sama.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Haris Danial Mohamed Hassan, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Siasatan awal polis mendapati motif kejadian dipercayai berkaitan dendam peribadi. Menurut laporan sebelum ini, mangsa ditikam menggunakan objek tajam sebelum meluru masuk ke premis hiburan dalam keadaan berlumuran darah dan sempat meminta pertolongan sebelum rebah.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Kapit, namun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian dada dan bawah ketiak kanan.

Kedua-dua beradik itu ditahan polis di Tatau pada 19 September, sehari selepas kejadian. Seorang daripada mereka dilaporkan mengaku menikam mangsa, manakala seorang lagi berada di tempat kejadian.

Oleh Akun Giman

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Pemilik kedai aksesori edar syabu, dipenjara seumur hidup dan 12 sebatan
Next: Peguam Negara sahkan Shafie Apdal serah balasan notis tunjuk sebab pada Isnin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.