Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Pengurusan Tertinggi LAKMNS
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Pengurusan Tertinggi LAKMNS

Utusan Sarawak 7 days ago
FOTO Astana Negeri Sarawak

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Pengurusan Tertinggi Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) di Astana Negeri.

Delegasi LAKMNS diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai, disertai oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Mohamad Feisal Said, serta barisan Ketua Pegawai jabatan dan pengurusan kanan LAKMNS.

FOTO Astana Negeri Sarawak

Dalam perjumpaan tersebut, delegasi memperkenalkan barisan kepimpinan LAKMNS kepada Tun Wan Junaidi serta menjemput beliau menghadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-35 Masjid Jamek Negeri Sarawak.

Pertemuan ini turut menjadi wadah pertukaran pandangan serta nasihat mengenai usaha memperkasa tadbir urus yang baik khususnya dalam hal ehwal masjid serta peranan LAKMNS sebagai institusi penting dalam memartabatkan pengurusan masjid dan surau di seluruh negeri.

Tun Wan Junaidi menzahirkan harapan bahawa LAKMNS dalam memperkukuh perpaduan dan keharmonian masyarakat melalui pelbagai inisiatif terus diperkasa selari dengan aspirasi negeri untuk terus maju dan makmur menjelang 2030.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Ketua Hakim Syarie Sarawak
Next: Sarawak perkukuh kerjasama global teknologi angkasa di IAC 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.