Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • 10 daerah di Malaysia muncul sebagai daerah menua baharu 2025 – DOSM
  • NASIONAL

10 daerah di Malaysia muncul sebagai daerah menua baharu 2025 – DOSM

Utusan Sarawak 7 days ago
DAERAH Subis, Sarawak salah satu daripada 10 daerah menua di Malaysia.

PUTRAJAYA: Sepuluh daerah muncul sebagai daerah menua baharu iaitu penduduk berumur 65 tahun dan lebih mencapai tujuh peratus pada 2025, menurut statistik Anggaran Penduduk Semasa, Daerah Pentadbiran 2025 dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.

Daerah berkenaan ialah Seremban (Negeri Sembilan), Jerantut dan Kuantan (Pahang), Kluang dan Pontian (Johor), Alor Gajah (Melaka), Bachok (Kelantan), Seberang Perai Selatan (Penang), Subis (Sarawak), Keningau (Sabah), oleh itu, semua daerah di Utara Malaysia kini diklasifikasikan sebagai daerah menua.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata daerah Petaling, Selangor mencatatkan bilangan penduduk tertinggi pada 2025 dengan 2.4 juta, diikuti Johor Bahru, Johor (1.8 juta) dan Ulu Langat, Selangor (1.5 juta).

“Kecil Lojing, Kelantan mencatatkan kadar pertumbuhan tertinggi dengan 3.6 peratus, diikuti Marang, Terengganu (1.6 peratus) dan Kemaman, Terengganu (1.4 peratus). Bukit Mabong, Sarawak merekodkan jumlah penduduk terendah dengan 10,700 orang diikuti Song, Sarawak (10,400) dan Tanjung Manis, Sarawak (7,900).

“Tiga daerah di Kelantan mencatatkan peratusan penduduk muda berumur 0 hingga 14 tahun tertinggi pada 2025 iaitu Gua Musang (32.4 peratus), Kecil Lojing (31.9 peratus) dan Tumpat (31.6 peratus),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi kumpulan umur bekerja (15-64 tahun), Sebauh, Sarawak mendahului peratusan dengan 80 peratus, diikuti Belaga, Sarawak (78.8 peratus) dan Kinabatangan, Sabah (78.4 peratus). Lubok Antu, Sarawak pula merekodkan peratusan penduduk umur tua tertinggi iaitu 65 tahun dan lebih dengan 15.7 peratus.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menetapkan tiga kategori penuaan, iaitu masyarakat menua, masyarakat tuadan masyarakat sangat tua dengan masing-masing merujuk kepada penduduk berumur 65 tahun dan lebih mencecah tujuh peratus, 14 peratus dan 20 peratus.

Sementara itu, penuaan berdasarkan Dasar Warga Emas Negara (DWEN) pula apabila penduduk berumur 60 tahun dan lebih mencecah 15 peratus daripada jumlah penduduk.

Mohd Uzir berkata Setiu, Terengganu merekodkan komposisi bumiputera tertinggi dengan 99.8 peratus diikuti Nabawan, Sabah (99.6 peratus) dan Hulu Terengganu, Terengganu (99.4 peratus).

Komposisi Cina tertinggi direkodkan di daerah Timur Laut, Pulau Pinang dengan 63.5 peratus diikuti Sibu, Sarawak (48.0 peratus) dan Kampar, Perak (47.7 peratus).

Bagi India pula, komposisi tertinggi dicatatkan di Bagan Datuk, Perak iaitu 23.1 peratus, diikuti Klang, Selangor (18.6 peratus) dan Port Dickson, Negeri Sembilan (18.2 peratus). – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: GSF: Aktiviti Malaysia kongsi detik cemas sebelum ditahan tentera zionis
Next: GSF: Semua peserta ditahan, termasuk rakyat Malaysia diyakini selamat – KP SNCC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.