Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Konsert Fenomena ‘Search VS XPDC’: Dua legenda bakal gegarkan Stadium Sarawak
  • HIBURAN

Konsert Fenomena ‘Search VS XPDC’: Dua legenda bakal gegarkan Stadium Sarawak

Utusan Sarawak 5 hours ago

AKSI persembahan kumpulan Search (kiri) dan XPDC (kanan).

KUCHING: Dua kumpulan rock legenda tanah air, Search dan XPDC, bakal berkongsi pentas buat pertama kalinya di Sarawak menerusi Konsert Fenomena ‘Search VS XPDC’ yang dijadualkan berlangsung pada 13 Disember ini di Stadium Sarawak.

Konsert mega ini dijangka menjadi salah satu acara muzik paling berprestij di Borneo pada tahun ini, menghimpunkan ribuan peminat muzik rock dari seluruh Malaysia, termasuk dari Semenanjung, Sabah, Brunei dan Indonesia.

Penganjur Konsert Fenomena Samurai ‘Search VS XPDC’, Seri Simfoni dan Bintang Batu Event, Mohd Ikhram Izzazudin berkata penganjuran konsert kali ini menandakan kemunculan semula mereka di Sarawak selepas beberapa tahun menyepi akibat pandemik COVID-19.

KUMPULAN Search menampilkan Nordin, Pasya dan Kid.

“Ini adalah kali pertama kami menganjurkan semula konsert di Sarawak sejak kali terakhir sebelum pandemik. Kami sendiri terpanggil untuk kembali menganjurkannya memandangkan suasana muzik dan hiburan di sini kini semakin meriah,” katanya pada sidang media Konsert Fenomena Samurai ‘Search VS XPDC’ di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan, pemilihan Sarawak sebagai lokasi Konsert Fenomena Samurai ‘Search VS XPDC’ dibuat berdasarkan permintaan peminat.

“Kita lihat sendiri bagaimana beberapa acara hiburan yang dianjurkan di bandar raya Kuching kebelakangan ini mendapat sambutan luar biasa daripada peminat muzik di Sarawak, Sabah dan sekitar Borneo.”

Tambahnya lagi, ramai peminat yang meminta agar konsert menampilkan kumpulan rock legenda Malaysia seperti Search dan XPDC dibawa ke Sarawak.

KUMPULAN XPDC dibarisi oleh Izo, Lola, Eddie, Arif dan Mamu.

“Jadi kami berbincang dan memutuskan — mengapa tidak kita bawa dua kumpulan rock nombor satu tanah air ini ke Kuching? Dalam masa sama, kita juga mahu menyokong bakat tempatan.”

Jelas Ikhram, konsert tersebut bakal menampilkan dua pentas utama — satu dalam Stadium Sarawak, dan satu lagi mini karnival di luar stadium yang akan bermula sekitar 2.00 petang dengan persembahan daripada artis tempatan Sarawak.

“Maklumat lanjut mengenai barisan artis tempatan akan diumumkan menerusi saluran media rasmi kami. Mungkin juga akan ada kejutan pada malam konsert — kita akan umumkan nanti.”

Bagi mempromosikan konsert tersebut, pihak penganjur akan berada di Kuching selama seminggu untuk mengadakan siri jerayawara di beberapa lokasi utama seperti di Mydin, Plaza Merdeka dan Tebingan Kuching.

Menurut Shahrul, juga dari Seri Simfoni dan Bintang Batu Event, tiket Konsert Fenomena Samurai ‘Search VS XPDC’ telah mula dijual sejak 3 September lalu, dan pihaknya menjangkakan hampir separuh daripada jumlah penonton yang hadir akan terdiri daripada pengunjung luar Sarawak.

“Kami menjangka kehadiran penonton dari Semenanjung Malaysia, Brunei dan Sabah yang akan datang khusus ke Sarawak semata-mata untuk menyaksikan konsert ini,” katanya.

Menyentuh mengenai sasaran kehadiran penonton, beliau berkata pihaknya berharap dapat memenuhi keseluruhan kapasiti Stadium Sarawak.

“Kalau boleh, kita mahu penuhkan satu stadium. Saya dimaklumkan kapasiti penuh stadium ini boleh mencecah sehingga 50,000 orang.”

Dalam usaha menarik lebih ramai peminat, pihak penganjur juga menawarkan tiket pembelian awal selama sebulan setengah, dengan potongan harga sebanyak 30 peratus.

Sebelum sidang media bermula, kumpulan XPDC menghiburkan media menerusi lagu Semangat Yang Hilang dan Teman, manakala Search mendendangkan lagu Bersalah Atau Tidak dan Kau Pergi.

Sidang media tersebut turut dihadiri, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Oleh Yanti Sham & Norman

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Sarawak terus dominasi penganjuran festival muzik dan pelancongan bertaraf antarabangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.