Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Pemilik kedai aksesori edar syabu, dipenjara seumur hidup dan 12 sebatan
  • JENAYAH
  • MAHKAMAH

Pemilik kedai aksesori edar syabu, dipenjara seumur hidup dan 12 sebatan

Utusan Sarawak 3 hours ago
PENJARA SEUMUR HIDUP…..Ting diiringi keluar oleh anggota polis setelah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Tinggi hari ini bagi pertuduhan mengedar Methamphetamine.

SIBU: Seorang pemilik kedai aksesori kereta dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar 70.78 gram syabu, dua tahun lalu.

Tertuduh, John Ting Sing Fong, 36, turut dikenakan hukuman penjara dua dan empat tahun atas kesalahan memiliki 26.7 gram dan 119.52 gram Ketamine, serta satu tahun bagi pertuduhan memiliki 1.55 gram dadah jenis MDMA (3,4 Methylenedioxymethamphetamine).

Hakim Wong Siong Tung memerintahkan semua hukuman penjara berjalan serentak bermula dari tarikh tangkapan, iaitu 8 Mei 2023. Ting kelihatan tenang ketika hukuman dijatuhkan.

Pada 26 September lalu, Mahkamah Tinggi mensabitkan Ting bersalah atas satu pertuduhan mengedar dadah serta tiga pertuduhan memiliki dadah berbahaya, selepas perbicaraan penuh yang bermula 11 Ogos 2024 dan melibatkan keterangan daripada 11 saksi pendakwaan.

Bagi pertuduhan pertama, Ting didakwa mengedar syabu seberat 70.78 gram mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup, serta sebatan tidak kurang 12 kali jika tidak dikenakan hukuman mati.

Tiga lagi pertuduhan membabitkan kesalahan memiliki 26.47 gram dan 119.59 gram Ketamine

1.55 gram MDMA.

Kesemua pertuduhan itu dibuat di bawah Seksyen 12(2) dan dihukum mengikut Seksyen 12(3) ADB 1952, yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

Semua kesalahan dilakukan dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda di kawasan parkir belakang pusat hiburan di Jalan Pahlawan, pada 8.00 pagi, 8 Mei 2023.

Tertuduh diwakili peguam bela Eliah Lau dan Connie Hii, yang merayu agar mahkamah tidak menjatuhkan hukuman mati, sebaliknya penjara seumur hidup (30 tahun).

Lau turut memohon pengurangan hukuman sebat kerana tertuduh menghidap penyakit darah tinggi, yang boleh mendatangkan risiko kesihatan jika disebat.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya Mark Kenneth Netto berhujah agar hukuman mati dikenakan memandangkan keseriusan kes, kepentingan awam, serta sikap tertuduh yang memilih perbicaraan penuh setelah mengaku tidak bersalah.

Oleh Akun Giman

Tags: Jenayah & Mahkamah

Continue Reading

Previous: Operation Jaja, Selera, Sapu: 63 foreign nationals detained in Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.