

TRAGEDI melanda Kampung Kasalika di Kasungu pada Selasa apabila sebuah lombong emas terbuka runtuh, mengorbankan lapan orang kebanyakannya wanita dan mencederakan lima yang lain. Pihak berkuasa telah menggambarkan lokasi tersebut sebagai “perangkap maut” dan berikrar untuk melaksanakan langkah keselamatan segera sementara keluarga yang bersedih menantikan bantuan daripada kerajaan. Foto facebook Nthanda Times
LILONGWE: Sekurang-kurangnya lapan terbunuh manakala lima lagi cedera selepas sebuah lombong emas runtuh pada Selasa di Kasungu, kira-kira 150 kilometer di utara ibu negara Malawi, Lilongwe, lapor Xinhua.
Menurut penduduk, kejadian berlaku di pinggir Daerah Kasungu apabila seorang pelombong menggunakan mesin penggerudi untuk melombong emas, menyebabkan gegaran kuat di kawasan terbabit.
“Akibatnya, dinding satu daripada terowong runtuh dari ketinggian kira-kira 15 kaki (4.6 meter), menimbus pelombong yang berada di dalamnya,” kata seorang ketua kampung.

Seramai13 pelombong dilaporkan terperangkap tetapi berjaya diselamatkan kerana semuanya berada di lokasi sama ketika runtuhan berlaku.
Polis di Kasungu melaporkan mangsa termasuk lelaki, wanita dan remaja berusia antara 15 hingga 19 tahun.
Jabatan Pengurusan Bencana Malawi berkata ia telah menerima laporan kejadian dan mengambil tindakan segera.
Walaupun terdapat sekatan kerajaan, aktiviti perlombongan emas tidak berlesen masih berterusan di beberapa kawasan di Malawi, kebanyakannya dijalankan tanpa langkah keselamatan yang sewajarnya.- Bernama-Xinhua