Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pameran seni istimewa tonjol keberanian dan bakat golongan autisme
  • Selatan
  • WILAYAH

Pameran seni istimewa tonjol keberanian dan bakat golongan autisme

Utusan Sarawak 1 day ago
DATO Peter Minos melawat ‘Gifted Arts Exhibition’ anjuran Persatuan Pembangunan Bakat dan Kebajikan Keperluan Khas Kuching (KATSN) di Plaza Merdeka, Kuching.

KUCHING: Sarawak dianggarkan mempunyai lebih 14,000 individu autisme sejak 1990 hingga 2023, berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Kajian Prevalens Autisme Kebangsaan 2022.

Dengan purata 40,000 kelahiran hidup direkodkan setiap tahun, lebih 370 bayi autisme dilahirkan di negeri ini pada kadar prevalens 9.29 bagi setiap 1,000 kelahiran.

Dato Peter Minos mendedahkan perkara itu ketika melawat ‘Gifted Arts Exhibition’ anjuran Persatuan Pembangunan Bakat dan Kebajikan Keperluan Khas Kuching (KATSN) di Plaza Merdeka, semalam.

Tambah beliau, jumlah itu bakal terus meningkat seiring pertambahan kelahiran baharu dan golongan autisme tidak boleh dipinggirkan daripada arus pembangunan negeri.

ANTARA hasil karya 12 kanak-kanak dan dewasa istimewa, yang dipamerkan di Pameran Seni ‘Gifted Arts Exhibition’ di Plaza Merdeka, Kuching.

“Jika dikira sejak 1990-an, jumlahnya kini mencecah lebih 14,000 orang. Angka ini akan terus bertambah dan kita mesti memastikan mereka diberi sokongan sewajarnya.

“Pameran tersebut bukan sekadar mempamerkan seni, tetapi simbol keberanian, ketabahan dan keazaman golongan istimewa yang mampu hidup berdikari serta bermaruah jika diberi sokongan tepat,” katanya.

Dalam pada itu, Minos menggesa kerajaan negeri, NGO dan sektor swasta meningkatkan usaha membantu golongan autisme dengan menubuhkan lebih banyak pusat latihan pekerjaan untuk lepasan sekolah, menyediakan peluang pekerjaan inklusif serta membangunkan kemudahan perumahan selamat dan pusat penjagaan jangka panjang.

ANTARA hasil karya 12 kanak-kanak dan dewasa istimewa, yang dipamerkan di Pameran Seni ‘Gifted Arts Exhibition’ di Plaza Merdeka, Kuching.

“Sokongan keluarga dan penjaga juga perlu diperkukuh melalui rangkaian kaunseling serta bimbingan yang berkesan.

“Kita mahu membina sebuah Sarawak yang inklusif dan penuh belas kasihan, di mana setiap rakyat berpeluang menyumbang dan hidup dengan gembira,” tegasnya.

Minos dalam masa sama memuji KATSN yang konsisten menganjurkan ‘Gifted Arts Exhibition’ sejak tiga tahun lalu sebagai platform memperkasakan bakat serta potensi golongan istimewa.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Penasihat KATSN, Dato Sim Kiang Chiok kerana menjemput beliau menyaksikan usaha murni itu, selain menyeru orang ramai hadir membeli hasil seni dan barangan yang dipamerkan.

“Setiap kunjungan, pembelian dan kata semangat memberi makna besar dalam memperkasakan mereka serta keluarga,” ujarnya.

Pameran yang berlangsung hingga 5 Oktober itu menampilkan hasil karya 12 kanak-kanak dan dewasa istimewa, merangkumi seni lukisan, seni persembahan serta karya kreatif.

Continue Reading

Previous: KEMAS perkukuh kesejahteraan masyarakat luar bandar melalui pelbagai inisiatif
Next: PDRM Limbang perluas Polis komuniti ke pedalaman dan luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.