Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak tuntut semula 35 peratus kerusi Parlimen untuk Sabah dan Borneo selaras semangat MA63
  • TEMPATAN

Sarawak tuntut semula 35 peratus kerusi Parlimen untuk Sabah dan Borneo selaras semangat MA63

Utusan Sarawak 1 week ago
DATO Sri Doris Sophia Brodie menghadiri majlis Makan Malam Perayaan anjuran Persatuan Hakka Sri Aman sempena pelantikan Ahli Jawatankuasa baharu sesi 2025–2026, sambutan ulang tahun ke-36 persatuan di Dewan Suarah Sri Aman kelmarin. Foto: Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Aman

SIMANGGANG: Sarawak terus memperjuangkan tuntutan asal pembentukan Malaysia 1963 dengan menegaskan semula hak negeri Borneo untuk memiliki 35 kerusi Parlimen, kata Ahli Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie.

Berucap pada majlis Makan Malam Perayaan anjuran Persatuan Hakka Sri Aman sempena pelantikan Ahli Jawatankuasa baharu sesi 2025–2026, sambutan ulang tahun ke-36 persatuan, malam penghargaan warga emas serta penyampaian insentif pelajar cemerlang, Doris menekankan kepentingan memahami konteks asal pembentukan Malaysia.

Beliau menjelaskan bahawa kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Parlimen telah berkurangan berbanding semangat asal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), yang seharusnya menjamin keadilan dari segi perwakilan dan autonomi wilayah.

DATO Sri Doris Sophia Brodie menghadiri majlis Makan Malam Perayaan anjuran Persatuan Hakka Sri Aman sempena pelantikan Ahli Jawatankuasa baharu sesi 2025–2026, sambutan ulang tahun ke-36 persatuan di Dewan Suarah Sri Aman kelmarin. Foto: Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Aman

“Pada 1963, Sabah, Sarawak dan Singapura digabungkan sebagai satu pertiga daripada jumlah kerusi Parlimen, iaitu 35 peratus. 

“Namun selepas Singapura keluar pada 1965, kerusinya diagihkan ke Semenanjung sehingga menyebabkan perwakilan Sabah dan Sarawak semakin mengecil,” katanya.

Menurutnya, daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat pada masa kini, Sabah dan Sarawak hanya memiliki 56 kerusi atau 25 peratus, manakala Semenanjung menguasai 166 kerusi (75 peratus). 

Perkara ini, jelas beliau, bercanggah dengan semangat asal pembentukan Malaysia.

DATO Sri Doris Sophia Brodie menghadiri majlis Makan Malam Perayaan anjuran Persatuan Hakka Sri Aman sempena pelantikan Ahli Jawatankuasa baharu sesi 2025–2026, sambutan ulang tahun ke-36 persatuan di Dewan Suarah Sri Aman kelmarin. Foto: Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Aman

“Sarawak tidak tamak, sebaliknya hanya menuntut hak yang telah termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963. Kita mahu kedudukan yang adil serta dihormati, demi memastikan suara Sabah dan Sarawak tidak diketepikan,” tegas Doris.

Beliau turut berharap agar tetamu dari Semenanjung yang hadir pada majlis itu dapat memahami dan menghargai perjuangan Sarawak dalam isu berkenaan.

Turut hadir Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Jack Kua mewakili Timbalan Premier, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, Tuai Rumah Jemmy mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Pengerusi Persatuan Hakka Sri Aman, Lee Tze Phin, Pengerusi Penganjur, Lai Wee Yong serta wakil-wakil Persatuan Hakka dari seluruh Malaysia dan Brunei.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Michael Kong meeting JKR Sarawak Director Dr Cassidy Morris on lorry weight limits
Next: Sabah and Sarawak should restore one-third parliament seat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.