Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Sasar sifar kematian rabies 2030, Sarawak perkukuh usaha pencegahan dan kawalan
  • KESIHATAN

Sasar sifar kematian rabies 2030, Sarawak perkukuh usaha pencegahan dan kawalan

Utusan Sarawak 1 day ago
DATUK Amar Dr Sim Kui Hian membacakan teks ucapan Premier Sarawak di Persidangan Rabies di Borneo (RIB) 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

KUCHING: Komitmen kerajaan negeri untuk menghapuskan rabies menjelang 2030, sejajar dengan sasaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mengurangkan kematian akibat rabies anjing di seluruh dunia.

Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, sejak 2017 sebanyak 87 kes rabies manusia direkodkan di Sarawak dengan 80 kematian, termasuk empat kes pada tahun ini sahaja.

“Setiap kes bukan sekadar angka, tetapi sebuah keluarga yang hancur dan masa depan yang terputus,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian ketika Persidangan Rabies di Borneo (RIB) 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menegaskan usaha pencegahan rabies tidak boleh dipikul kerajaan semata-mata, tetapi memerlukan pendekatan kesihatan menyeluruh yang merangkumi semua pihak kerajaan, pengamal veterinar, Badan Bukan Kerajaan (NGO), sektor swasta serta komuniti.

DATUK Amar Dr Sim Kui Hian hadir mewakili Premier Sarawak di Persidangan Rabies di Borneo (RIB) 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Beliau turut mengumumkan penubuhan Sekolah Veterinar dan Sains Haiwan pertama di Malaysia Timur, bertempat di Semenggok, Kuching. 

“Ini adalah mercu tanda bersejarah yang akan melahirkan generasi baharu profesional veterinar dan sains haiwan. Sasaran kita, 50 peratus pelajar pengambilan pertama adalah anak Sarawak.

“Selain itu, aplikasi digital Rabies App telah diperkenalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (DVSS) dengan kerjasama SDEC untuk pengumpulan data haiwan peliharaan, pemilikan, serta kawalan anjing jalanan. Pemasangan mikrocip turut digunakan untuk menjejaki haiwan dan mengawal populasi,” jelasnya.

Tambah beliau, sehingga kini lebih 278,840 haiwan telah divaksin, termasuk hampir 11,000 tahun ini sahaja, manakala kes rabies menurun daripada 43 peratus pada 2018 kepada 13 peratus pada 2025. 

“Namun, masih terdapat 46 peratus kes haiwan positif melibatkan anjing peliharaan yang dibiarkan bebas tanpa vaksinasi

“Matlamat kita jelas iaitu sifar kematian manusia akibat rabies yang dibawa anjing menjelang 2030. 

“Untuk berjaya, setiap gigitan mesti dilaporkan, setiap haiwan mesti divaksin, dan setiap komuniti mesti diberi ilmu,” ujarnya.

Oleh Masrin Affirah

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Khidmat kesihatan jantung di Sarawak terus diperkasa menerusi sumbangan peralatan moden
Next: Penggunaan teknologi digital dan AI jadi kunci basmi rabies menjelang 2030

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.