Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sivasangari, Aira mara ke suku akhir Klasik Qatar 2025
  • SUKAN

Sivasangari, Aira mara ke suku akhir Klasik Qatar 2025

Utusan Sarawak 2 days ago
BINTANG skuasy negara S. Sivasangari bersama bekas naib juara remaja dunia 2023, Aira Azman mengesahkan slot ke suku akhir Klasik Qatar  di Doha, hari ini.

KUALA LUMPUR: Bintang skuasy negara S. Sivasangari bersama bekas naib juara remaja dunia 2023, Aira Azman mengesahkan slot ke suku akhir Klasik Qatar  di Doha, hari ini.

Pilihan ketujuh Sivasangari menampilkan aksi bertenaga apabila menundukkan wakil Belgium, Nele Gilis, 11-8, 11-8, 11-5 dalam tempoh 34 minit pada pusingan kedua kejohanan yang berlangsung di Kompleks Tenis dan Skuasy Antarabangsa Khalifa.

Pemain berusia 25 tahun itu bakal berdepan cabaran lebih getir apabila dijadual menentang pilihan kedua dari Mesir, Hania El Hammamy, yang juga juara edisi 2023 selepas bangkit menewaskan Jasmine Hutton dari England, 8-11, 11-6, 11-2, 11-9.

Sementara itu, Aira yang berusia 21 tahun turut melakar kejayaan bergaya apabila menyingkirkan pemain Mesir, Zeina Mickawy, 11-8, 11-7, 13-11 dalam masa 29 minit untuk mengatur pertemuan dengan rakan senegara El Hammamy, Amina Orfi, di suku akhir.

Terdahulu, pilihan keempat Orfi mudah mengatasi cabaran wakil Amerika Syarikat, Marina Stefanoni, 11-3, 11-7, 11-3.

Kejohanan berstatus Platinum dalam Jelajah Persatuan Skuasy Profesional (PSA) itu menawarkan jumlah hadiah keseluruhan USD231,500 (kira-kira RM976,000) masing-masing bagi kategori lelaki dan wanita.

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: “United sudah hilang, perlukan enjin baharu, semangat baharu” – Rooney
Next: Sarikei tawan kejuaraan Bola Keranjang Peringkat Wilayah 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.