Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Taska berhak tolak jaga bayi bawah setahun demi keselamatan – Nancy
  • SEMASA

Taska berhak tolak jaga bayi bawah setahun demi keselamatan – Nancy

Utusan Sarawak 1 week ago
MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Seri Nancy Shukri.

SHAH ALAM: Pengusaha taman asuhan kanak-kanak (taska) berhak menolak mengambil bayi berusia bawah setahun sekiranya aspek keselamatan tidak dapat dijamin, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Seri Nancy Shukri.

Beliau menegaskan pengusaha taska terikat kepada undang-undang dan jika tidak dapat memastikan keselamatan bayi, mereka seharusnya menolak untuk menerima atau menjaga bayi tersebut.

“Setiap taska perlu mematuhi undang-undang…jadi jika mereka menolak atas sebab keselamatan, itu bukan salah mereka. Keselamatan kanak-kanak sangat penting, dan taska tidak mahu disalahkan sekiranya berlaku perkara tidak diingini,” katanya selepas menghadiri Sesi Bicara Tokoh Alumni sempena Minggu Destini Siswa di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini hari ini.

Sebelum ini, Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor Anfaal Saari, berkata kerajaan negeri akan membawa isu ini kepada perhatian KPWKM kerana langkah itu mungkin mendorong sesetengah ibu bapa menghantar anak kepada pengasuh tidak berdaftar di rumah.

Nancy menasihatkan ibu bapa agar sama-sama memainkan peranan memastikan kebajikan dan perlindungan anak diutamakan ketika memilih taska.

Kerajaan juga menyediakan pelepasan cukai kepada ibu bapa yang menghantar anak berusia enam tahun ke bawah ke taska berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pada 25 Julai lalu, Anfaal mendedahkan segelintir pengusaha taska dikatakan mula mewujudkan gerakan tidak mengambil bayi bawah 12 bulan di premis mereka susulan kerisauan pihak berkenaan terhadap kes-kes termasuk kematian akibat tersedak susu.

-Bernama  

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Harga runcit RON95 tanpa subsidi ditetapkan RM2.60 seliter
Next: Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah rasmi Karnival Baca Perdana dan Pesta Buku Sarawak 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.