Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PBSMM Miri hulur bantuan, eratkan hubungan komuniti di Lambir
  • WILAYAH

PBSMM Miri hulur bantuan, eratkan hubungan komuniti di Lambir

Utusan Sarawak 4 days ago
UNTUK ALBUM… Sekitar lawatan Pasukan Jawatankuasa Khidmat Komuniti dan Kebajikan semasa menyantuni keluarga memerlukan di kawasan Lambir, semalam.

MIRI: Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) Cabang Miri melalui Jawatankuasa Khidmat Komuniti dan Kebajikan berjaya melaksanakan program khidmat masyarakat yang menyentuh hati dengan menyantuni keluarga memerlukan di kawasan Lambir, semalam.

Program tersebut mencerminkan komitmen berterusan PBSMM terhadap perkhidmatan kemanusiaan serta usaha memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat setempat.

Aktiviti bermula dengan berkumpul di ibu pejabat PBSMM Miri sebelum pasukan berlepas ke lokasi yang ditetapkan.

UNTUK ALBUM… Sekitar lawatan Pasukan Jawatankuasa Khidmat Komuniti dan Kebajikan semasa menyantuni keluarga memerlukan di kawasan Lambir, semalam.

Ketibaan mereka disambut mesra oleh penduduk tempatan sekali gus mencetuskan suasana penuh makna sepanjang program berlangsung.

Antara pengisian utama ialah penyampaian bakul makanan kepada keluarga yang memerlukan sebagai sokongan keperluan asas.

Selain itu, ceramah kesedaran turut diadakan untuk memberi pendedahan mengenai aspek kesihatan, kebersihan dan tanggungjawab sosial.

UNTUK ALBUM… Sekitar lawatan Pasukan Jawatankuasa Khidmat Komuniti dan Kebajikan semasa menyantuni keluarga memerlukan di kawasan Lambir, semalam.

Program berakhir dengan sesi bergambar sebagai simbolik kejayaan penganjuran yang disemarakkan dengan nilai perpaduan dan keprihatinan.

Inisiatif tersebut bukan sahaja memberi bantuan berbentuk material, malah turut mengeratkan hubungan antara PBSMM dengan komuniti setempat sekali gus menyuntik harapan dan semangat baharu dalam kalangan penerima manfaat.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Abang Johari dijadual rasmi SRA MIS No.2 Kuching 3 Oktober ini
Next: SAR hari keenam warga emas, Rumai Jantin masih belum ditemui

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.