Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perjanjian jual beli FAMA tingkatkan pendapatan peserta ladang kontrak Lawas
  • TEMPATAN

Perjanjian jual beli FAMA tingkatkan pendapatan peserta ladang kontrak Lawas

Utusan Sarawak 3 days ago
SAKSI PERJANJIAN…(dari kiri belakang) Norsalawaty bersama Henry Sum Agong dan pegawai kanan FAMA Sarawak menyaksikan perjanjian jual beli hasil tani FAMA Sarawak.

LAWAS: Kerajaan Sarawak terus memberi keutamaan kepada pembangunan ekonomi rakyat, khususnya usahawan kecil dan sederhana (IKS), melalui pelbagai inisiatif dan kerjasama dengan kerajaan persekutuan.

Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong berkata, usaha bersama kerajaan Sarawak dan persekutuan telah banyak membantu pembangunan sektor IKS di kawasan ini.

“Kita bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan Sarawak dan persekutuan, khususnya di Lawas, kerana usahawan IKS tempatan telah menerima pelbagai bantuan untuk terus maju dan berjaya.

“Di kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Sari, Timbalan Premier selaku ADUN Bukit Sari, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, telah berusaha gigih membangunkan rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat,” katanya.

TANAMAN SENSITIF…Henry Sum (kedua dari kiri) bersama Mohd Talhah dan Norsalawaty di ladang cili yang diusahakan Mohd Talhah dan rakan kongsi.

Beliau berkata demikian ketika menyaksikan Perjanjian Jual Beli antara peserta Ladang Kontrak dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Kampung Sungai Bangat, Lawas, semalam.

Perjanjian jual beli itu melibatkan ikatan antara peserta Ladang Kontrak dan pihak FAMA bagi pembelian dan pembekalan produk mengikut terma dan syarat yang dipersetujui bersama.

Sehingga kini, seramai 79 peserta dari 10 sesi Perjanjian Jual Beli Ladang Kontrak di Sarawak telah terlibat, dengan anggaran nilai jualan mencecah RM416,400.

Di Lawas, program ladang cili melibatkan penanaman 2,000 batang pokok cili dengan hasil tuaian mencapai empat metrik tan, merupakan program ke-11 FAMA Sarawak.

Henry Sum memuji usaha berterusan FAMA Sarawak yang aktif turun ke lapangan dalam memperluas penglibatan anak Sarawak dalam pertanian komersial.

Beliau berharap lebih ramai peserta, terutamanya belia di Lawas, dapat menjalankan aktiviti pertanian dan mengusahakan tanah di kampung bagi menjana ekonomi keluarga dan setempat.

Turut hadir Pengarah FAMA Sarawak, Norsalawaty Abdul Kadir, dan ketua projek tanaman cili di Kampung Sungai Bangat, Mohd Talhah Matserudin.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Respect constitution and MA63, restore Sarawak’s rights, says Eric Tay
Next: Sambutan luar biasa temuduga terbuka Sarawak Metro

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.