Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penduduk nikmati Taman Rekreasi baharu dengan trek joging, lampu solar
  • Tengah
  • WILAYAH

Penduduk nikmati Taman Rekreasi baharu dengan trek joging, lampu solar

Utusan Sarawak 4 days ago
WAJAH BAHARU…Kemudahan yang ditambah pada taman rekreasi Lorong Ulu Sungai Merah 31D untuk kegunaan penduduk.

SIBU: Penduduk di Lorong Ulu Sungai Merah 31D kini menikmati sebuah taman rekreasi yang lebih lengkap dengan pelbagai kemudahan selepas projek naik taraf siap sepenuhnya.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee berkata, walaupun taman itu sudah wujud sebelum ini, ia masih kekurangan kemudahan asas yang mencukupi.

“Untuk projek kali ini, kami menambah trek joging, peralatan senaman, bangku tambahan serta lampu jalan berkuasa solar. Lampu ini tidak terlalu terang tetapi cukup untuk memberi pencahayaan pada waktu malam agar kawasan tidak terlalu gelap,” katanya ketika melakukan lawatan tapak bersama Majlis Perbandaran Sibu (MPS) hari ini.

MICHAEL Tiang (tengah) bergambar bersama yang lain semasa lawatan tapak projek di taman Lorong Ulu Sungai Merah 31D hari ini.

Beliau menjelaskan bahawa peruntukan sekitar RM200,000 biasanya disediakan untuk setiap projek, termasuk naik taraf taman berkenaan.

Sebelum ini, taman tersebut hanya menempatkan ruang hijau dengan beberapa peralatan lama yang dipindahkan dari Heng Hua Memorial Park untuk digunakan semula.

Dengan siapnya projek naik taraf ini, taman kini berubah menjadi kawasan rekreasi yang lebih menarik serta memberi manfaat besar kepada penduduk setempat.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM200,000 naik taraf IPD Sibu demi kebajikan anggota polis
Next: Komuniti Padawan berganding bahu jayakan Hari Pahlawan Bumi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.