Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • AirBorneo, Royal Brunei Airlines jalin kerjasama untuk laluan serantau
  • SEMASA

AirBorneo, Royal Brunei Airlines jalin kerjasama untuk laluan serantau

Utusan Sarawak 2 weeks ago
JELASKAN…Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap pada majlis penutupan Sukan Borneo 2025 di Pusat Konvensyen Penview (PCC) Demak, Kuching, hari ini. 

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg optimis menjelang 2027, Sarawak bakal mempunyai syarikat penerbangan sendiri, Air Borneo, sekali gus membolehkan penerbangan terus ke Samarinda, Kalimantan Timur yang menjadi tuan rumah Sukan Borneo seterusnya.

Beliau berkata selain Air Borneo, kerjasama juga boleh dijalinkan bersama Royal Brunei Airlines bagi menghubungkan wilayah-wilayah di rantau Borneo untuk memperkukuh hubungan serantau, terutama sempena temasya sukan dwitahunan itu.

“Saya rasa pada 2027 Sarawak sudah mempunyai syarikat penerbangannya sendiri dan kita akan terbang ke Samarinda.

“Mungkin juga kita boleh bersama Royal Brunei Airlines dengan Air Borneo untuk menghubungkan wilayah-wilayah di Borneo ini,” katanya pada Majlis Penutupan Sukan Borneo 2025 di Pusat Konvensyen Penview (PCC) Demak, di sini hari ini.

Abang Johari menegaskan, penganjuran Sukan Borneo bukan sekadar medan persaingan atlet tetapi juga platform untuk merapatkan hubungan persaudaraan dan setiakawan di rantau ini.

“Yang menang dalam Borneo Games ini sebenarnya seluruh atlet. Apa yang penting ialah hubungan baik sesama kita di Borneo.

“Kita juga mahu melihat standard atlet kita agar suatu hari nanti dapat menyerlah di Sukan SEA, Komanwel atau Olimpik,” ujarnya.

Premier Sarawak turut menyokong cadangan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah agar temasya itu diperluaskan dengan menjemput negara-negara lain.

Katanya, langkah tersebut penting untuk mengukur tahap atlet Borneo berbanding pencabar antarabangsa, sekali gus menjadi penanda aras pembangunan sukan di rantau ini.

Dalam masa sama, beliau memberi jaminan kerajaan negeri akan terus melabur dalam pembangunan sukan menerusi pembinaan pelbagai kemudahan baharu.

“Antaranya kita sedang membangunkan Sports Village di Kuching, sebuah arena serba guna baharu, serta litar sukan bermotor.

“Semua ini pelaburan untuk melahirkan atlet berdisiplin dan berjiwa kental, yang bukan sahaja mampu menang di arena sukan, tetapi juga membina kekuatan dalam pembangunan ekonomi,” jelasnya.

Abang Johari menambah, Sarawak turut komited dalam penganjuran Sukan SEA 2027 sebagai tuan rumah bersama, dengan upacara perasmian dijadualkan berlangsung di Kuching.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: SPRM tidak kesan kesalahan dalam isu dakwaan pemalsuan dokumen pemain warisan
Next: Mr Kiron dinobat Duta Kucing Kuching Utara, juara empat tahun berturut-turut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.