Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Majlis Badudun Badapun 2025 eratkan silaturahim, angkat martabat komuniti Bisaya
  • TEMPATAN

Majlis Badudun Badapun 2025 eratkan silaturahim, angkat martabat komuniti Bisaya

Utusan Sarawak 9 hours ago
MENTERI di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai menghadiri Majlis Badudun Badapun 2025 anjuran Persatuan Bisaya Sarawak Cawangan Bandar Kuching (PBSCK) semalam.

KUCHING: Majlis Badudun Badapun 2025 anjuran Persatuan Bisaya Sarawak Cawangan Bandar Kuching (PBSCK) berlangsung meriah semalam dengan kehadiran lebih 400 tetamu pelbagai kaum yang bersama-sama meraikan perpaduan dan warisan budaya di Hotel Imperial, Kuching.

‘Badudun Badapun’ bermaksud malam ramah-tamah dalam bahasa Bisaya, mencerminkan semangat santai, mesra dan kekeluargaan yang menjadi teras kepada penganjuran majlis.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai yang turut menyatakan penghargaan kepada kepimpinan PBSCK atas komitmen mengangkat martabat komuniti Bisaya di negeri ini.

“Hanya dengan bersatu, komuniti kita dapat menjaga kebajikan sesama ahli dan menghadapi segala cabaran, termasuk aspek ekonomi, pendidikan dan sosial,” katanya ketika berucap pada Majlis Badudun Badapun 2025 anjuran Persatuan Bisaya Sarawak Cawangan Bandar Kuching (PBSCK), semalam. 

MENTERI di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai berucap pada Majlis Badudun Badapun 2025 anjuran Persatuan Bisaya Sarawak Cawangan Bandar Kuching (PBSCK) semalam.

Beliau menekankan pentingnya masyarakat Bisaya mengekalkan kesatuan hati meskipun bilangannya kecil di Sarawak kerana kekuatan sebenar terletak pada perpaduan dan semangat kebersamaan. 

John Sikie kemudian memuji inisiatif PBSCK yang sentiasa mengambil berat kebajikan ahli, termasuk memberi sumbangan kepada mereka yang mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak dan Pusat Jantung. 

Dalam pada itu, beliau juga menggesa komuniti Bisaya agar terus melestarikan adat, bahasa dan tradisi dalam arus globalisasi. 

“Pesta Babulang dan Lumba Kerbau yang sudah mencecah 20 siri adalah contoh bagaimana budaya boleh dipelihara dan pada masa sama menjadi aset pelancongan negeri,” jelasnya lanjut. 

Bagi konteks pembangunan, beliau menegaskan komuniti Bisaya tidak boleh ketinggalan daripada agenda Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030 (PCDS 2030). 

Anak muda digesa merebut peluang dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, ekonomi, teknologi, pertanian moden dan ekopelancongan sambil tidak melupakan kampung halaman di Limbang.

Sebagai tanda sokongan, John Sikie mengumumkan pemberian geran kepada PBSCK bagi membantu melaksanakan program sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.

Majlis tersebut turut dihadiri pemimpin komuniti termasuk Penasihat Persatuan Bisaya Sarawak, Datu Antonio Kahti Galis, dan Pengerusi PBSCK, Datu Jack Liam, serta wakil pelbagai kaum seperti Kayan, Kenyah, Lun Bawang dan Iban yang bersama-sama memeriahkan suasana.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: SDK gerakkan pembangunan desa secara menyeluruh
Next: Cuaca panas: Sibu, Kanowit dan Marudi pada tahap berjaga-jaga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.