Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • Satok GoDigital buka ruang PKS kuasai ekonomi digital
  • TEKNOLOGI

Satok GoDigital buka ruang PKS kuasai ekonomi digital

Utusan Sarawak 2 weeks ago
UCAPAN… Abdul Samad Dhani mewakili ADUN Satok, Dato Ibrahim Baki ketika menyampaikan ucapan pada pelancaran Program Satok GoDigital-Ketek Jak hari ini. Foto Shikin Mahmud

KUCHING: Penganjuran program Satok GoDigital-Ketek Jak menjadi bukti kesungguhan pihak penganjur bersama rakan strategik dalam memperkasa pendigitalan perusahaan kecil, mikro dan sederhana (PKS) di kawasan ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki berkata inisiatif tersebut bukan sahaja berperanan membuka akses kepada teknologi digital malah membantu usahawan kecil dan mikro bersaing dalam pasaran global yang semakin kompetitif.

UCAPAN… Abdul Samad Dhani mewakili ADUN Satok, Dato Ibrahim Baki ketika menyampaikan ucapan pada pelancaran Program Satok GoDigital-Ketek Jak hari ini. Foto Shikin Mahmud

Ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Pengerusi Pendidikan Satok, Abdul Samad Dhani pada majlis yang berlangsung di Dewan Persatuan Anak Seni Bandarshah, Jalan Datuk Ajibah Abol, di sini, hari ini.

“Alhamdulillah, sambutan yang diterima amat luar biasa. Pada awalnya kita menjangka hanya sekitar 50 peserta, namun kehadiran pada hari ini hampir 200 orang sekali gus membuktikan minat tinggi para usahawan untuk memanfaatkan teknologi digital,” katanya.


Program anjuran bersama Unifi Business Sarawak, Biro Pendidikan Satok serta syarikat rakan strategik dari Kuala Lumpur, Toyyip Pay, memberi tumpuan kepada latihan serta inovasi digital merangkumi aspek pemasaran, sistem kewangan moden dan aplikasi teknologi kewangan (FinTech).

RAKAM KENANGAN… Abdul Samad Dhani mewakili ADUN Satok, Dato Ibrahim Baki, bersama penganjur dan peserta Program Satok GoDigital-Ketek Jak bergambar kenangan selepas majlis perasmian hari ini. . Foto Shikin Mahmud

Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada Ketua Unifi Business Sarawak, Abu Bakar Abdul Aziz, serta Pengerusi Pemasaran Digital Unifi Business TM, Colvin Shaman atas kerjasama erat menjayakan inisiatif tersebut bersama Biro Pendidikan Satok.

Katanya lagi, usaha ini selaras dengan strategi kerajaan Sarawak yang menekankan transformasi digital sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi selain menjamin kelestarian alam sekitar, kemakmuran ekonomi dan keterangkuman sosial.

“Inisiatif ini bukan sahaja membantu usahawan Satok, malah mempercepatkan usaha menjadikan Sarawak sebagai peneraju ekonomi digital yang berdaya saing di peringkat global,” jelasnya.

Program berkenaan turut disertai pakar teknologi kewangan, Azizul Rahman daripada Toyyip Pay yang berkongsi kepakaran mengenai sistem transaksi digital berasaskan kecerdasan buatan (AI) serta memperkenalkan platform pembayaran dalam talian patuh syariah yang diyakini mampu membantu usahawan mengurus kewangan dan zakat perniagaan dengan lebih cekap serta efisien.

Selain itu, Biro Pendidikan Satok juga merancang untuk menubuhkan Digital Hub Satok, iaitu pusat sehenti bagi membantu usahawan baharu mendapatkan ruang pejabat, alamat rasmi dan kemudahan digital selama enam hingga 12 bulan sebagai persediaan untuk beroperasi secara formal.

“Usaha ini bukan sahaja membantu usahawan kecil dan mikro, malah memastikan lebih ramai lagi usahawan mendapat akses serta peluang untuk berkembang melalui platform digital. Dengan adanya Digital Hub, mereka bukan sahaja boleh memulakan perniagaan secara rasmi, malah turut mendapat bimbingan daripada rakan strategik,” ujarnya.

Berdasarkan data, nilai pasaran e-dagang Malaysia dijangka mencecah AS$31 bilion menjelang 2024, manakala industri pembayaran digital sahaja dianggarkan bernilai lebih AS$172 bilion.

Malah, unjuran masa depan e-dagang negara menunjukkan nilainya mampu mencapai AS$961 bilion menjelang 2033, sekali gus membuktikan potensi besar ekonomi digital dalam membuka ruang baharu kepada PKS tempatan.


Menurutnya, strategi pendigitalan ini turut selaras dengan hala tuju Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS 2030) yang berhasrat menjadikan Sarawak negeri maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030 berteraskan tiga tonggak utama iaitu kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan kelestarian alam sekitar.

Majlis tersebut disertai ratusan peserta terdiri daripada usahawan kecil, usahawan muda, ahli kelab usahawan wanita serta wakil media yang hadir untuk berkongsi manfaat serta peluang digitalisasi perniagaan di Sarawak.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Kuching perintis sistem parkir pintar integrasi awam–swasta pertama di Malaysia
Next: Narwal lancar vakum robot pintar terbaharu di Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.