Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sukan Borneo 2025: Sarawak sapu bersih emas acara memanah
  • SUKAN

Sukan Borneo 2025: Sarawak sapu bersih emas acara memanah

Utusan Sarawak 2 days ago
SUKAN BORNEO… Nurul Qistina Kamaruzaman, pemenang acara memanah Sukan Borneo 2025 bagi acara Recurve Wanita 50 meter. Foto UKAS

PETRA JAYA: Atlet Sarawak terus cemerlang apabila menguasai acara memanah pada Sukan Borneo 2025 yang berlangsung di Sarawak Archery Range Petra Jaya hari ini, dengan membolot kesemua pingat emas yang dipertandingkan.

Acara Recurve Wanita 50 meter menyaksikan Nurul Qistina Kamaruzaman menghadiahkan emas buat Sarawak selepas menewaskan rakan senegeri, Norhafizah Salim dengan kutipan keseluruhan enam mata.

SUKAN BORNEO… Jaccard Lee, pemenang acara memanah Sukan Borneo 2025 bagi acara Kompaun Lelaki 50 meter. Foto UKAS

Jaccard Lee memastikan emas milik Sarawak selepas mengungguli acara Kompaun Lelaki 50 meter dengan kutipan 141 mata, hanya satu mata meninggalkan rakan sepasukan, Zhorif Fahim Fadhillah.

SUKAN BORNEO… Eunice Kong, pemenang acara memanah Sukan Borneo 2025 bagi Recurve Wanita 70 meter. Foto UKAS

Bagi saingan Recurve Wanita 70 meter, Eunice Kong menghadiahkan emas buat Sarawak selepas mengetepikan lawan dari Sabah, Carolyn Hui Yin Chye dengan catatan enam mata.

Tambahan emas pada hari ini melonjakkan kontinjen Sarawak di landasan tepat untuk merebut gelaran juara keseluruhan Sukan Borneo.

Keputusan itu menjadikan jumlah kutipan kontinjen Sarawak dalam memanah meningkat kepada 29 pingat termasuk 14 emas, sembilan perak dan enam gangsa.

Oleh Masrin Affirah dan Amanda L

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Sarawak ungguli badminton Sukan Borneo 2025
Next: Kejohanan Futsal Saberkas 2025 serlah semangat belia dan perpaduan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.