Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Zus Coffee sasar tembusi pasaran Pakistan dan Maghribi menjelang pertengahan 2026
  • BISNES

Zus Coffee sasar tembusi pasaran Pakistan dan Maghribi menjelang pertengahan 2026

Utusan Sarawak 3 weeks ago
ZUS Coffee. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Rangkaian kopi tempatan, Zus Coffee menyasarkan untuk memasuki pasaran Pakistan dan Maghribi pada separuh pertama 2026 sejajar dengan visi syarikat untuk mengembangkan jejaknya di luar ASEAN.

Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Operasinya Venon Tian memberitahu Bernama, rangkaian kopi itu menjangkakan untuk membuka kedai pertamanya di Pakistan melalui francais utama tempatan manakala kedai pertamanya di Maghribi dijangka dibuka pada suku pertama atau kedua 2026.

“Kami sedang meneroka peluang di luar ASEAN,” katanya.

Tian berkata, Zus Coffee juga menyasarkan untuk meningkatkan bilangan kedai di Malaysia kepada 850.

Syarikat itu berhasrat mempunyai 20 kedai di Thailand dan antara 190 hingga 200 kedai di Filipina iaitu tempat ia beroperasi pada waktu ini.

Ia juga merancang untuk membuka cawangan pertamanya di Indonesia pada suku pertama tahun depan.

“Kami menjangka melepasi jumlah 1,000 kedai secara keseluruhan menjelang akhir 2025,” kata Tian.

Pada masa ini, Zus Coffee kekal sebagai rangkaian kopi yang berkembang paling pesat di Asia Tenggara dengan lebih daripada 900 kedai dan lebih 6,000 pekerja.

Mengulas mengenai rancangan berpotensi untuk mengendalikan penyenaraian Zus Coffee, Tian berkata syarikat kini menumpukan perhatian kepada memperkukuhkan pertumbuhan perniagaannya.

“Bagi kami, perniagaan sentiasa menjadi keutamaan dan bukannya mengejar proses korporat. Buat masa ini, kami mengambil langkah demi langkah. Tiada keutamaan (untuk penyenaraian) buat masa ini,” katanya.

Mengenai Belanjawan 2026 yang dijadualkan dibentangkan di Parlimen pada 10 Oktober, Tian berharap kerajaan akan memberikan lebih banyak manfaat dan insentif kepada usahawan Malaysia serta mengutamakan keperluan kebajikan sosial rakyat Malaysia.

“Belanjawan 2026 perlu menjaga kesejahteraan rakyat. Itu sangat penting.

“Berkenaan isu berkaitan kopi secara khusus, kami berharap akan ada inisiatif untuk memperkasakan petani dan peniaga kopi tempatan yang sebenarnya dapat meningkatkan keseluruhan (ekosistem kopi),” kata Tian.

-BERNAMA

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran 4.21 – 4.23 berbanding dolar AS minggu depan
Next: Sarawak kukuhkan kedudukan sebagai hab pelaburan serantau di UK

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.