Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tarif elektrik kompetitif, strategi Sarawak tarik pelabur
  • SEMASA

Tarif elektrik kompetitif, strategi Sarawak tarik pelabur

Utusan Sarawak 2 weeks ago
ABANG Johari semasa berucap pada AUBS, di Kuching, semalam. Foto UKAS

KUCHING: Keputusan Sarawak untuk mengawal sendiri kadar tarif elektrik dengan menawarkan harga lebih kompetitif dilihat sebagai strategi menarik aliran pelaburan baharu ke negeri ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menegaskan kelebihan Sarawak terletak pada kekayaan sumber tenaganya, sekali gus membolehkan kerajaan negeri menentukan kadar yang lebih rendah berbanding pesaing lain di rantau ini.

“Jadi, kekuatan kita terletak pada tenaga dan kita menumpukan perhatian kepada ekonomi dengan mengawal harga tenaga, terutamanya dari segi tarif.

ABANG Johari semasa menyempurnakan simbolik perasmian AUBS 2025, disaksikan tetamu kehormat yang lain. Foto UKAS

“Kita menentukan kos elektrik supaya, apabila kosnya lebih murah berbanding pesaing, ia akan menarik pelaburan ke Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Anugerah Usahawan Bumiputera Sarawak (AUBS) 2025, di sini, semalam.

DIF-dif kenamaan merakamkan gambar bersama penerima anugerah usahawan. Foto UKAS

Menurut beliau, Sarawak memiliki kelebihan besar kerana mempunyai banyak sungai yang diuruskan sepenuhnya oleh wilayah ini sendiri, tanpa perlu berkongsi dengan negeri atau negara lain. Keadaan ini berbeza dengan sungai-sungai utama di kawasan lain seperti Sungai Nil dan Sungai Mekong yang merentasi sempadan beberapa negara.

Situasi ini secara langsung memberikan kelebihan kepada Sarawak, khususnya dalam pengeluaran tenaga hidrogen untuk kegunaan sendiri. Malah, lebihan tenaga ini boleh dieksport ke negara luar sekali gus meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri.

Mengulas lanjut, Abang Johari Tun Openg berkata, kemasukan pelaburan ke Sarawak akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan yang menawarkan gaji lumayan, dengan syarat generasi muda melibatkan diri secara aktif dalam usaha kerajaan negeri untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

DATU Abang Helmi menyampaikan cenderahati kepada Abang Johari. Foto UKAS

“Apabila pelaburan datang, ia akan mewujudkan peluang pekerjaan yang bargaji tinggi maka sebab itulah kita menumpukan pembangunan tenaga kerja di jurusan-jurusan yang bergantung kepada gas, petrokimia dan semikonduktor,” jelasnya.

Turut hadir Presiden DUBS Datu Abang Helmi Tan Sri Ikhwan, Presiden Sarawak Business Federation (SBF) Dato Sri Abang Abdul Karim Tun Datuk Abang Openg, Setiausaha Tetap Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Dzulkornain Masron dan Ketua Dewanita dan Ahli Majlis Eksekutif DUBS Juita Drap. -UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: RM2.6 juta transaksi RON95 direkod hari pertama BUDI95
Next: BUDI95: MOF, JPJ kerjasama selesai isu teknikal sebelum 30 September ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.