Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Industri dan perniagaan digalakkan laksana amalan mesra komuniti pekak
  • TEMPATAN

Industri dan perniagaan digalakkan laksana amalan mesra komuniti pekak

Utusan Sarawak 11 hours ago
UNTUK KENANGAN….Paul Teo (tengah) pada majlis makan malam Sidang Kemuncak Orang Pekak Malaysia yang pertama 2025, malam tadi.

SIBU: Sektor industri dan perniagaan digalakkan untuk melaksanakan amalan mesra komuniti pekak, termasuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan serta meningkatkan akses kepada ruang awam, tapak pelancongan, pusat kebudayaan dan platform digital.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing berkata, langkah itu penting bagi memastikan komuniti pekak menikmati pengalaman sama rata seperti orang lain, khususnya dalam bidang pelancongan.

“Pada masa hadapan, kita mungkin dapat menyediakan jurubahasa isyarat di dalam bas pelancong dan di lokasi tarikan pelancongan, agar pelawat pekak turut berpeluang memperoleh maklumat mengenai lokasi, sejarah dan budaya sama seperti pengunjung lain,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapannya yang dibacakan oleh wakilnya Pengerusi Parti Demokratik Progresif (PDP) Sibu Jaya, Paul Teo pada majlis makan malam Sidang Kemuncak Orang Pekak Malaysia yang pertama 2025, malam tadi.

Katanya, selain penggunaan teknologi seperti terjemahan berasaskan AI dan peranti bantuan, kerjasama lebih erat antara kerajaan, sektor swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan komuniti pekak amat diperlukan bagi menjayakan agenda keterangkuman.

“Sidang kemuncak ini bukan sekadar persidangan, ia adalah komitmen. Suara anda penting, kehadiran anda penting, sumbangan anda penting,” ujarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong itu berkata, penganjuran persidangan yang julung kali diadakan itu sebagai detik bersejarah dalam memperkasa keterangkuman komuniti pekak di Malaysia.

Tambah beliau, komuniti pekak merupakan sebahagian penting daripada masyarakat negara ini yang telah cemerlang dalam bidang pendidikan, seni, keusahawanan dan advokasi.

“Keterangkuman bukanlah satu ihsan, sebaliknya ia adalah hak. Aksesibiliti bukan kemewahan tetapi keperluan,” ujarnya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada penganjur atas kejayaan menganjurkan program tersebut serta menyeru agar ia menjadi pemangkin ke arah membina Malaysia yang lebih inklusif dan makmur.

Oleh Akun Giman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat delegasi JPN Sarawak
Next: Lebih 100 hadiri Majlis Doa Hari Malaysia 2025 di Gereja Anglikan St John, Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.