Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Eksklusif: Danial Hakim cipta kejayaan gemilang, bawa emas 800m untuk Sarawak
  • SUKAN

Eksklusif: Danial Hakim cipta kejayaan gemilang, bawa emas 800m untuk Sarawak

Utusan Sarawak 2 days ago
TAHNIAH…Emas 800m Lelaki milik Sarawak menerusi atlet muda Kuching, Danial Hakim Mohammed Omar, meraikan kemenangan dengan tekad dan disiplin untuk terus harumkan nama negeri.

KUCHING: Atlet muda kelahiran Kuching, Danial Hakim Mohammed Omar, mencuri tumpuan apabila meraikan kejayaan penuh bermakna dengan berbekalkan tekad, disiplin dan strategi berani, sekali gus menyuarakan hasrat untuk terus mengharumkan nama Sarawak hingga ke pentas antarabangsa.

Beliau yang berusia 20 tahun itu mengakui kemenangan dicapai hasil usaha gigih serta sokongan jurulatih selain berpegang kepada prinsip bahawa niat dan doa adalah kunci kejayaan.

Walaupun mengakui berdepan cabaran mental dan fizikal selepas menyertai acara sebelumnya, Daniel tetap cekal mengatur strategi larian.

Beliau menggunakan taktik berani dengan meningkatkan kelajuan pada pusingan kedua sekali gus memastikan kemenangan berpihak kepadanya.

Daniel turut menjadikan rasa cemburu melihat rakan-rakan meraih emas sebagai pembakar semangat untuk bangkit membuktikan kemampuan diri.

“Setiap larian saya mulakan dengan bismillah dan saya percaya bahawa segala kejayaan datang daripada Allah. Hasrat saya adalah untuk menjadi salah seorang atlet terbaik Sarawak dan Malaysia,” katanya penuh terharu.

Sementara itu, dalam acara 800 meter Lelaki, Sarawak terus cemerlang apabila Danial Hakim Mohammed Omar menghadiahkan emas dengan catatan 1 minit 58.55 saat, sekali gus menambah koleksi pingat kontinjen tuan rumah.

Mengulas mengenai hala tuju selepas ini, Daniel berkata fokusnya kini terarah kepada temasya Sukma sebagai medan persediaan sebelum menyertai latihan intensif di Universiti Malaya bersama jurulatih, dengan harapan dapat mengorak langkah ke kejohanan antarabangsa dan mewakili Malaysia.

TAHNIAH…Emas 800m Lelaki milik Sarawak menerusi atlet muda Kuching, Danial Hakim Mohammed Omar, meraikan kemenangan dengan tekad dan disiplin untuk terus harumkan nama negeri.

Sebagai pesanan kepada atlet muda lain, beliau menegaskan bahawa disiplin, komitmen tinggi serta menjaga pemakanan adalah asas utama untuk berjaya.

“Dalam acara jarak sederhana dan jauh, tidak boleh ada sikap malas. Kuncinya ialah latihan konsisten, berdisiplin, dan menjaga diet,” tegasnya.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Kontinjen olahraga Sarawak raih empat pingat emas, tiga perak dan dua gangsa
Next: Sukan Borneo 2025: Sarawak unggul dengan enam emas memanah berpasukan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.