
PETRA JAYA: Kontinjen Sarawak menguasai sepenuhnya acara menyumpit di Padang D, Stadium Negeri, hari ini apabila membolot kesemua lima pingat emas yang dipertandingkan.
Kejayaan itu sekali gus mengukuhkan reputasi Sarawak sebagai kuasa besar dalam sukan tradisi berkenaan serta menyuntik semangat kontinjen negeri menghadapi baki saingan Borneo Games
Pasukan tuan rumah tampil cemerlang di hadapan penyokong sendiri walaupun menerima tentangan sengit daripada Kalimantan Timur (Kaltim) yang dilihat setara dari segi kekuatan.

Ketua pasukan, Lahan Suhaili, menegaskan kemenangan tersebut lahir daripada persiapan rapi, termasuk latihan intensif dan kawalan mental yang mantap.
“Menyumpit memerlukan kekuatan tangan serta kawalan pernafasan.
“Jika kurang latihan, memang sukar untuk menang,” katanya.
Beliau turut berharap acara menyumpit terus dikekalkan dalam temasya Borneo Games akan datang.
“Saya harap ia dilanjutkan lagi, jangan digugurkan,” tambahnya.
Oleh Amanda L.