Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran 4.21 – 4.23 berbanding dolar AS minggu depan
  • BISNES

Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran 4.21 – 4.23 berbanding dolar AS minggu depan

Utusan Sarawak 3 weeks ago
BAGI asas mingguan, ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS iaitu pada 4.2200/2250 daripada 4.2040/2115 sebelumnya.

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil iaitu antara RM4.21 hingga RM4.23 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, disokong oleh permintaan terhadap mata wang tempatan serta pembentangan data ekonomi utama AS.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata tumpuan pasaran akan terarah kepada data buruh Amerika Syarikat termasuk kaji selidik Tawaran Kerja dan Jumlah Tenaga Kerja AS (JOLTS), perubahan pekerjaan ADP dan angka gaji bukan ladang (NFP).

“Setakat ini, tuntutan awal mingguan bagi faedah pengangguran menunjukkan pasaran buruh AS kekal kukuh dengan permohonan untuk faedah pengangguran kekal pada paras yang agak rendah,” katanya kepada Bernama.

Memandang ke hadapan, beliau berkata pembentangan Belanjawan 2026 pada 10 Oktober juga akan dipantau dengan teliti.

“Kami menjangkakan kerajaan mengekalkan pendirian dasar berkembang sambil memastikan defisit fiskal terus berkurangan. Langkah sedemikian seharusnya menyokong ringgit dalam jangka sederhana hingga panjang,” tambahnya.

Bagi asas mingguan, ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS iaitu pada 4.2200/2250 daripada 4.2040/2115 sebelumnya.

Bagaimanapun, mata wang tempatan mengukuh berbanding sekumpulan mata wang utama. Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8171/8206 daripada 2.8419/8471, menokok berbanding euro kepada 4.9281/9340 daripada 4.9447/9536 dan naik berbanding pound Britain kepada 5.6345/6412 daripada 5.6775/6876.

Ringgit turut berkembang berbanding mata wang serantau, meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2630/2671 daripada 3.2744/2805, melonjak berbanding peso Filipina kepada 7.25/7.27 daripada 7.36/7.38, mencatat kenaikan berbanding rupiah Indonesia kepada 252.1/252.5 daripada 253.2/253.8 dan bertambah kukuh berbanding baht Thailand kepada 13.0587/1069 daripada 13.1973/2271. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Latihan Pengurusan Kewangan untuk guru seluruh negara bermula Oktober
Next: Zus Coffee sasar tembusi pasaran Pakistan dan Maghribi menjelang pertengahan 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.