Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis tumpaskan kes pecah rumah di Kampung Tuie
  • JENAYAH

Polis tumpaskan kes pecah rumah di Kampung Tuie

Utusan Sarawak 18 hours ago
POLIS menahan tiga lelaki tempatan berumur antara 29 hingga 36 tahun dalam beberapa siri tangkapan di sekitar Pusa dan Debak. Foto IPD Betong

BETONG: Polis berjaya menumpaskan satu kes pecah masuk rumah di Kampung Hilir Tuie, Pusa, Betong selepas menahan tiga lelaki tempatan berumur antara 29 hingga 36 tahun dalam beberapa siri tangkapan di sekitar Pusa dan Debak.

Ketua Polis Daerah Betong, DSP Rejali Angong berkata, kejadian yang dilaporkan pada 12 September lalu sekitar 10.50 pagi itu melibatkan kehilangan mesin water jet, mesin gergaji, tong gas serta beberapa barangan antik dan tembaga bernilai kira-kira RM2,000.

“Hasil risikan dan maklumat orang awam, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong berjaya mengenal pasti suspek dan menahan tiga lelaki di lokasi berasingan. 

“Dua daripada mereka mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah kekerasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, ujian saringan air kencing mendapati dua suspek positif dadah jenis amphetamine/methamphetamine. Kesemua suspek kini direman sehingga 28 September ini bagi membantu siasatan.

Setakat ini, polis berjaya merampas semula beberapa barangan antik serta tembaga milik mangsa, manakala siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun serta boleh dikenakan denda atau sebatan bagi kesalahan berulang.

“Polis menyeru orang ramai agar terus menyalurkan maklumat berkaitan jenayah kepada pihak berkuasa. Kerjasama masyarakat amat penting kerana polis dan masyarakat berpisah tiada,” tegas Rejali.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: JIM Sarawak tahan 35 PATI termasuk tiga suspek judi dalam talian di Bintulu
Next: Ops Gegar dan Ops Selera: Imigresen Sarawak gempur kegiatan haram di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.