
BINTULU: Pihak Hospital Bintulu memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan waris kepada seorang pesakit tidak beridentiti yang ditemui orang awam di kawasan Pier 99 di sini.
Pesakit berkenaan kini dirawat dan dipantau rapi di Zon Kuning, Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital tersebut.

Hospital Bintulu dalam satu kenyataan memaklumkan, sesiapa yang mengenali pesakit atau warisnya diminta segera hadir ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Bintulu.
Orang ramai juga boleh menghubungi pihak hospital melalui talian 086-859 000 bagi membantu proses pengesanan.