Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Fahami MA63 asas keharmonian negara – Tun Wan Junaidi
  • SEMASA

Fahami MA63 asas keharmonian negara – Tun Wan Junaidi

Utusan Sarawak 9 hours ago
TUN Wan Junaidi menyampaikan Syarahan Negarawan bertajuk Perjanjian Malaysia 1963 (MA63): Kunci Keharmonian Persekutuan di Arena Gemilang, DeTAR Putra, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pagi tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

KOTA SAMARAHAN: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyampaikan Syarahan Negarawan bertajuk Perjanjian Malaysia 1963 (MA63): Kunci Keharmonian Persekutuan di Arena Gemilang, DeTAR Putra, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pagi tadi.

Syarahan bersejarah ini telah dihadiri lebih 500 tetamu, termasuk para pensyarah, mahasiswa serta kenamaan yang lain.

Sebagai Canselor Unimas, kehadiran Tun Wan Junaidi dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi disambut mesra oleh kepimpinan universiti, antaranya Pengerusi Lembaga Pengarah Unimas, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie dan Naib Canselor Unimas, Prof Dr Mohd Hata Rasit.

Turut hadir ialah Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datu Misnu Taha dan Pengarah Wilayah Sarawak, Fenny Nuli.

TUN Wan Junaidi menyampaikan Syarahan Negarawan bertajuk Perjanjian Malaysia 1963 (MA63): Kunci Keharmonian Persekutuan di Arena Gemilang, DeTAR Putra, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pagi tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Naib Canselor Unimas yang menekankan bahawa Syarahan Negarawan ini merupakan yang pertama kali diadakan di Unimas.

Beliau menegaskan bahawa topik Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) adalah penting bukan sahaja untuk rakyat Sarawak, malah untuk seluruh rakyat Malaysia agar memahami intipati perjanjian tersebut sebagai asas keharmonian dan semangat kebangsaan.

Syarahannya yang berlangsung selama dua jam, Tun Wan Junaidi telah menyentuh pelbagai subtopik utama merangkumi latar belakang sejarah, proses pembentukan Malaysia, intipati serta perkara penting dalam MA63, dan isu berkaitan pemulihan serta pemerkasaan hak negeri.

TUN Wan Junaidi menyampaikan Syarahan Negarawan bertajuk Perjanjian Malaysia 1963 (MA63): Kunci Keharmonian Persekutuan di Arena Gemilang, DeTAR Putra, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pagi tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

Syarahan turut diakhiri dengan sesi dialog interaktif bersama para hadirin.

Tun Wan Junaidi menzahirkan harapan agar syarahan ini memberi inspirasi serta penjelasan lengkap kepada generasi muda mengenai kepentingan memahami dokumen perundangan dan sejarah negara seperti MA63.

Pemahaman ini amat penting bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan awam sentiasa berintegriti, efisien dan relevan demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan negara.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: MBKS perkukuh kerjasama dengan Pusat Kebajikan Guro bagi inisiatif bandar mesra kanak-kanak dan warga emas
Next: Larangan vape cetus pasaran gelap, rugi hasil cukai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.