Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • UM kukuhkan tenunan Sungkit Iban Batang Ai melalui pemetaan corak dan pendokumentasian
  • Tengah
  • WILAYAH

UM kukuhkan tenunan Sungkit Iban Batang Ai melalui pemetaan corak dan pendokumentasian

Utusan Sarawak 1 week ago
PASUKAN penyelidik bergambar kenangan bersama penenun di Rumah Puso, Karangan Mong, Batang Ai.

SIBU: Tenunan Sungkit masyarakat Iban di Batang Ai terus diperkukuh melalui penyelidikan lapangan Universiti Malaya (UM) yang memberi tumpuan kepada pemetaan corak serta pendokumentasian kearifan penenun tempatan.

Penyelidikan bertajuk “Pemetaan Corak Tenunan Sungkit Komuniti Iban di Batang Ai: Usaha Mendokumentasi Warisan Budaya Tak Ketara” itu dijalankan pada 13 hingga 15 September lalu di Rumah Puso, Karangan Mong, Batang Ai.

Kajian berkenaan dilaksanakan di bawah Bantuan Penyelidikan Khas (BKP) dan Early Career Research Grant (ECRG) Universiti Malaya 2025, dengan tujuan memperkukuh usaha pemeliharaan serta pengiktirafan warisan budaya tidak ketara masyarakat Iban.

Pasukan penyelidik diketuai oleh Dr Gregory Kiyai dari Program Seni Rupa, Fakulti Seni Kreatif UM bersama tiga penyelidik bersama iaitu Dr Wahyuni Masyidah Md Isa, Dr Raja Farah Raja Hadayadanin dan Dr Marlenny Deenarwan.

Kajian tersebut memberi tumpuan kepada usaha memetakan Pua Sungkit Batang Ai sebagai sebahagian daripada warisan budaya tidak ketara Malaysia dalam kategori tekstil, selain mendokumentasi dan mengarkibkan kearifan tempatan penenun di kawasan itu.

Inisiatif tersebut juga bertujuan menyokong dasar serta polisi berkaitan seni dan budaya Pua Sungkit agar selaras dengan Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) serta Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).

Dengan pelaksanaan kajian itu, UM memperkukuh peranannya sebagai universiti penyelidikan utama di Malaysia serta mengekalkan kedudukannya antara universiti terbaik dunia apabila berada di tangga ke-58 ranking global.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program Advokasi Kesihatan Mental perkasa peranan ketua komuniti
Next: Simposium PBL-STEM Bintulu perkasa inovasi pendidikan dan TVET

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.