Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Permulaan Fasa Peralihan Monsun dijangka pada 30 September ini – METMalaysia
  • NASIONAL

Permulaan Fasa Peralihan Monsun dijangka pada 30 September ini – METMalaysia

Utusan Sarawak 2 weeks ago

KUALA LUMPUR: Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada 30 September dan akan berlanjutan hingga November depan, sekali gus menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang telah bermula sejak 10 Mei lepas.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan semasa fasa peralihan itu, negara akan mengalami tiupan angin lemah dari pelbagai arah.

“Keadaan ini berpotensi menggalakkan pembentukan awan ribut petir. Fenomena ini lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam tempoh yang singkat, terutamanya pada waktu petang dan awal malam,” menurut kenyataan itu.

METMalaysia memaklumkan kawasan dijangka paling terkesan ialah Barat dan pedalaman Semenanjung Malaysia, Barat Sabah dan Sarawak.

Fenomena cuaca berkenan berisiko menyebabkan banjir kilat, pokok tumbang, kepala air dan kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.

“Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga selain sentiasa mengikuti maklumat terkini mengenai ramalan dan amaran cuaca melalui pelbagai saluran rasmi METMalaysia, termasuk laman web, aplikasi mudah alih myCuaca dan media sosial,” menurut kenyataan itu.

Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Hotline METMalaysia melalui talian 1-300-22-1638.- Bernama

Continue Reading

Previous: FAMA catat nilai jualan pasar tani berjumlah RM215 juta setakat Ogos – Mohamad Sabu
Next: KLIA pecah rekod kendali lebih 12,000 penumpang dalam satu jam pada 13 September – MAHB

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.