Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Ronaldo tampil segak berjubah, pegang pedang
  • SUKAN

Ronaldo tampil segak berjubah, pegang pedang

Utusan Sarawak 3 days ago

Ronaldo berjubah sambil memegang pedang meraikan Hari Kebangsaan Saudi. Foto Instagram Ronaldo

RIYADH: Cristiano Ronaldo mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan Saudi kepada peminatnya dengan menghantar mesej ‘kebanggaan, perpaduan dan keraian’ di akaun Instagramnya.

“Selamat Hari Kebangsaan Saudi kepada semua di Arab Saudi! Semoga hari anda dipenuhi dengan kebanggaan, perpaduan dan sambutan bersama orang tersayang,” kata bintang Al Nassr itu dalam hantaran tersebut.

Mesejnya menerima berjuta-juta tanda suka dalam beberapa jam sahaja.

Dengan mengenakan pakaian tradisional Arab Saudi, Ronaldo tampil segak dalam jubah putih sambil memegang sebilah pedang di tangan kanannya, dan mengenakan selendang perayaan yang tertera tulisan “Hari Kebangsaan Saudi” di lehernya.

Bintang Portugal itu turut berkongsi gambar bersama ketua jurulatih Al Nassr, Jorge Jesus, yang turut memakai pakaian tradisional Arab Saudi.

Dalam satu mesej video, Ronaldo menyifatkan Arab Saudi sebagai ‘tempat yang hebat untuk didiami’, sambil memuji suasana negara yang selamat, bola sepak kompetitif dan sektor pelancongan semakin berkembang.

“Saya suka berada di sini, keluarga saya juga suka berada di sini. Ini sebuah negara yang hebat,” kata bintang bola sepak itu.

“Mereka yang belum mengenali Arab Saudi patut datang melawat kerana pelancongannya sangat menakjubkan dan budaya luar biasa.”

Arab Saudi menyambut Hari Kebangsaan ke-95 pada Selasa lalu, dengan rakyat dan penduduk di seluruh negara menikmati cuti umum berskala nasional.

Sambutan tahunan itu merupakan cuti umum rasmi yang memperingati dekri 1932 oleh pengasas negara, Raja Abdulaziz, yang menyatukan wilayah Najd dan Hijaz di bawah nama Arab Saudi.

Sambutan tahun ini berlangsung dengan tema “Kebanggaan Kami Terletak Pada Alam Semula Jadi Kami”, yang mencerminkan warisan budaya dan keindahan alam semula jadi Arab Saudi. – Agensi

Continue Reading

Previous: Senaraikan semula Neymar ke Piala Dunia, kata Ronaldo
Next: Sukan Borneo 2025: Sarawak kutip 16 pingat emas, 19 perak, 12 gangsa hari pertama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.