Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Hospital di Bali nafi curi organ selepas mayat dihantar pulang tanpa jantung
  • GLOBAL

Hospital di Bali nafi curi organ selepas mayat dihantar pulang tanpa jantung

Utusan Sarawak 4 days ago
MENDIANG Byron Haddow, 23.

BALI: Sebuah hospital di Bali menafikan dakwaan terbabit dalam kecurian organ selepas mayat seorang pemuda Australia dihantar pulang tanpa jantungnya.

Byron Haddow, 23, dari Queensland, ditemui mati di kolam renang vila sewanya di Bali awal tahun ini ketika bercuti.

Namun, selepas mayatnya dihantar pulang empat minggu kemudian, bedah siasat kedua di Australia mendapati jantungnya hilang.

Perkara itu menimbulkan tanda tanya dan pihak berkuasa Australia menuntut penjelasan dari Indonesia.

Pengarah Perkhidmatan Kejururawatan dan Sokongan Perubatan di Hospital Prof Ngoerah, I Made Darmajaya menafikan hospital terbabit dalam kecurian organ.

Beliau menjelaskan bahawa pihak hospital hanya menjalankan bedah siasat forensik ke atas mayat Haddow selepas diminta oleh polis tempatan.

“Saya tekankan, bagi pihak Hospital Prof. Ngoerah, bahawa khabar angin mengenai kecurian organ adalah tidak benar.

“Tiada kepentingan bagi pihak hospital untuk menahan (jantung itu). Sebenarnya, kepentingan kami hanyalah dalam konteks pemeriksaan mengikut undang-undang,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, jantung Haddow dihantar pulang ke Australia lebih lewat berbanding anggota tubuh lain kerana ia memerlukan masa lama untuk diproses bagi memenuhi syarat pemeriksaan patologi.

Jurucakap Kementerian Luar Australia pada Selasa berkata, mereka sedang memberi bantuan konsular kepada keluarga Haddow tetapi tidak dapat memberikan komen lanjut dengan alasan menjaga kerahsiaan.

Peguam keluarga Haddow, Ni Luh Arie Ratna Sukasari, berkata jantung Haddow dihantar pulang ke Queensland pada Ogos, lebih dua bulan selepas kematiannya.

Beliau berkata, insiden itu menimbulkan ‘persoalan serius’ mengenai amalan perubatan di Bali. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Gempa bumi bermagnitud 6.1 gegarkan Venezuela
Next: Cuaca buruk jejas 224,500 keluarga di Filipina, tiga kematian disahkan – NDRRMC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.