Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak dorong pertumbuhan inklusif melalui inovasi di negara sedang membangun
  • SEMASA

Sarawak dorong pertumbuhan inklusif melalui inovasi di negara sedang membangun

Utusan Sarawak 1 day ago
PENUTUP program Lonjakan Global Sarawak: Inovasi Memacu Pertumbuhan Inklusif diserikan dengan sesi bergambar bersama semua tetamu kehormat.

KUCHING: Sarawak terus melangkah ke hadapan sebagai peneraju pembangunan digital serantau menerusi penganjuran program Lonjakan Global Sarawak: Inovasi Memacu Pertumbuhan Inklusif di negara sedang membangun anjuran Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) serta Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur.

Program yang berlangsung di Kuching itu menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan termasuk belia, usahawan, pemimpin komuniti, badan bukan kerajaan (NGO) serta wakil kerajaan bagi meneliti peranan inovasi sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi inklusif di negara membangun.

Kehadiran peserta daripada pelbagai latar belakang mencerminkan kesungguhan bersama untuk menjadikan inovasi digital sebagai jambatan menghubungkan aspirasi komuniti dengan peluang global.

Ucapan utama disampaikan oleh Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Xeo Air, Bronwyn Morgan syarikat perkhidmatan dron berasaskan AI berpangkalan di St. Louis, Missouri, dan Atlanta, Georgia.

Beliau berkongsi pandangan mengenai bagaimana kecerdasan buatan (AI), teknologi dron serta keusahawanan inovatif mampu memperkasa komuniti dan memperkukuh model pembangunan yang lebih inklusif.

Dua pembentangan Morgan menekankan keperluan menjadikan inovasi sebagai teras pembangunan masa depan serta peranan AI dalam membina ekonomi dan masyarakat yang lebih seimbang.

Selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak (PCDS 2030) PCDS 2030, program ini menegaskan bahawa inovasi digital bukan sekadar alat teknologi, sebaliknya aset strategik untuk mempercepatkan transformasi ekonomi negeri.

Sesi soal jawab interaktif bersama Morgan membuka ruang kepada peserta untuk memahami aplikasi teknologi inovatif dalam menangani cabaran setempat, di samping pameran yang memaparkan solusi teknologi untuk pasaran negara membangun.

Ketua Pegawai Eksekutif AZAM Sarawak, Ali Suhaili, berkata kerjasama antarabangsa telah lama menjadi nadi kepada kekuatan AZAM. Menurut beliau, jaringan rentas sempadan yang terjalin, termasuk dengan Kedutaan Besar AS adalah kunci untuk memperkukuh ekosistem inovasi tempatan dan menghubungkan Sarawak dengan gelombang pembangunan global yang inklusif dan lestari.

Sementara itu, Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan SEDC Sarawak, Nur Khairanie Nasya Jasni yang mewakili Pengurus Besar SEDC Sarawak, Datu Abdul Hadi Datuk Abdul Kadir, menegaskan bahawa SEDC kekal fokus dalam merangsang pertumbuhan ekonomi negeri melalui pelaburan strategik, pemerkasaan belia dan wanita serta pemacu transformasi digital.

Beliau menyatakan bahawa penyertaan SEDC sebagai penaja utama bukan sekadar sokongan kewangan tetapi juga sebagai manifestasi komitmen jangka panjang membina ekosistem inovasi dan keusahawanan yang inklusif serta mampan di Sarawak.

Penganjuran program ini bukan sahaja memberi inspirasi kepada peserta untuk mengadaptasi minda inovatif, malah menegaskan kepentingan kolaborasi rentas sektor antara kerajaan, swasta, komuniti dan rakan antarabangsa dalam membentuk ekosistem digital yang inklusif.

Kejayaan program tersebut seiring dengan aspirasi Pelan Tindakan Ekonomi Digital Sarawak 2030 yang menekankan prinsip “tiada siapa yang tertinggal’, memastikan transformasi digital dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

Kejayaan penganjuran ini, AZAM Sarawak sekali lagi memperlihatkan komitmennya untuk memperkasakan komuniti melalui komunikasi partisipatif, inovasi dan kerjasama strategik, seterusnya meneguhkan kedudukan Sarawak sebagai pusat pertumbuhan digital serantau yang bersedia menyumbang kepada agenda pembangunan global.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: 231 penerima terima Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak
Next: Pelajar terlibat kes buli IKBN Miri digantung pengajian seminggu bermula semalam – Hannah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.