Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Tujuh pensyarah Unimas tersenarai saintis paling berpengaruh dunia
  • PENDIDIKAN

Tujuh pensyarah Unimas tersenarai saintis paling berpengaruh dunia

Utusan Sarawak 4 days ago
UNIVERSITI Malaysia Sarawak (Unimas) terus mengukuhkan reputasinya di peringkat antarabangsa apabila tujuh orang pensyarahnya diiktiraf sebagai antara saintis paling berpengaruh dunia dalam senarai ‘2 Peratus Teratas Saintis Dunia 2025’.

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) terus mengukuhkan reputasinya di peringkat antarabangsa apabila tujuh orang pensyarahnya diiktiraf sebagai antara saintis paling berpengaruh dunia dalam senarai ‘2 Peratus Teratas Saintis Dunia 2025’.

Pengiktirafan yang diterbitkan oleh Universiti Stanford dengan kerjasama Elsevier itu mengiktiraf sumbangan penyelidik berdasarkan skor petikan komposit yang mengukur impak dan pengaruh hasil kajian mereka melalui pangkalan data Scopus.

Naib Canselor Unimas, Profesor Dr Ahmad Hata Rasit, berkata pencapaian ini menjadi bukti bahawa kualiti dan kepakaran tenaga pengajar universiti tersebut setanding dengan penyelidik terbaik dunia.

“Pengiktirafan ini adalah sebahagian daripada hasrat Unimas untuk melahirkan tenaga pengajar bertaraf antarabangsa sekali gus memastikan pelajar menerima pendidikan yang berkualiti tinggi dan berimpak. 

“Kami ingin graduan Unimas bukan sahaja memiliki pengetahuan, tetapi juga pengalaman luas dalam penyelidikan agar dapat memberi sumbangan bermakna kepada masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini. 

Beliau menegaskan bahawa pencapaian tujuh pensyarah ini mencerminkan komitmen universiti terhadap inovasi dan penyelidikan berimpak tinggi yang memberi manfaat kepada komuniti saintifik global.

“Harapan saya agar lebih ramai lagi pensyarah Unimas akan mencapai kejayaan seperti ini pada masa hadapan,” tambahnya.

Senarai ‘2 Peratus Teratas Saintis Dunia 2025’ mula diperkenalkan pada 2019 dan kini menjadi penanda aras penting dalam dunia akademik antarabangsa. 

Kaedah pemilihannya mengambil kira pelbagai faktor termasuk jumlah sitasi, h-indeks serta prestasi penyelidikan berimpak tinggi yang dihasilkan oleh setiap saintis.

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Students learning to ‘Cherish Life, Stay Away From Drugs,’ through drug education programme 
Next: 50 pelajar terima bantuan Ace Didik sebagai persediaan ke IPT

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.