Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Buli di IKBN Miri: Pelajar, bapa enggan kes diteruskan – Mancha
  • SEMASA

Buli di IKBN Miri: Pelajar, bapa enggan kes diteruskan – Mancha

Utusan Sarawak 1 day ago
KES membabitkan insiden gurauan melampau melibatkan pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri baru-baru ini.

KUCHING: Kes membabitkan insiden gurauan melampau melibatkan pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri baru-baru ini akhirnya tidak diteruskan selepas mangsa dan bapanya membuat keputusan untuk tidak mahu meneruskan siasatan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata berkata polis menerima satu laporan berkaitan insiden berkenaan dan telah memanggil mangsa bersama ibu bapa serta rakan-rakan untuk memberi keterangan. 

Pemeriksaan kesihatan mendapati tiada kecederaan fizikal manakala siasatan awal menunjukkan kejadian itu lebih menjurus kepada gurauan keterlaluan.

“Kes itu akhirnya tidak diteruskan selepas mangsa dan bapanya membuat keputusan untuk tidak mahu meneruskan siasatan,” jelasnya ditemui media selepas menghadiri perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini, hari ini.

PESURUHJAYA Polis Sarawak, Dato Mancha Ata berucap pada perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak, hari ini. Foto Adele Rissa 

Beliau menegaskan pelajar hadir ke sekolah atau institusi untuk menuntut ilmu bukannya menjadi mangsa gurauan berlebihan yang boleh menjejaskan keyakinan diri.

“Walaupun dianggap main-main, ia tetap boleh dikategorikan sebagai buli,” katanya.

Mancha turut mengulas mengenai pelaksanaan inisiatif Budi Madani yang akan bermula pada 27 September ini, menyaksikan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima subsidi petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter.

Katanya, inisiatif itu mampu meringankan beban perbelanjaan warga PDRM, namun penambahbaikan perlu dipertimbangkan khususnya bagi anggota di Sarawak.

“Di sini ada anggota yang menggunakan bot untuk urusan harian. Subsidi itu sebaiknya diperluaskan juga kepada kenderaan sungai, bukan hanya kenderaan darat,” ujarnya.

Oleh Adele Rissa

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak lancar dua teknologi baharu, meterai dua MoU bersama rakan antarabangsa
Next: 231 penerima terima Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.