Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • UPM Sarawak sasar Citra Tari Nusantara jadi festival antarabangsa
  • TEMPATAN

UPM Sarawak sasar Citra Tari Nusantara jadi festival antarabangsa

Utusan Sarawak 2 days ago
TIMBALAN Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM, Prof. Dr. Arifin Abdu berucap pada majlis penutupan CTN 2025 di Dewan Sri Kenyalang, UPM Sarawak di Bintulu, semalam.

BINTULU: Universiti Putra Malaysia (UPM) Sarawak menyasarkan untuk mengembangkan penganjuran program Citra Tari Nusantara (CTN) menjadi sebuah festival budaya bertaraf antarabangsa dengan penyertaan yang lebih meluas pada edisi akan datang.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM, Prof. Dr. Arifin Abdu berkata, penganjuran kali ini menjadi langkah awal ke arah itu dan pihaknya merancang untuk menjemput lebih banyak universiti serantau pada tahun depan.

“Saya yakin program ini adalah satu langkah pemulaan ke arah yang lebih besar dan kita mengharapkan akan lebih ramai penyertaan pada tahun depan.

. DIF-dif kenamaan merakam gambar bersama peserta dari UPM Serdang selepas dinobatkan Johan Keseluruhan Citra Tari Nusantara 2025.

“Harapan saya agar Citra Tari Nusantara terus berkembang menjadi festival tari budaya bertaraf antarabangsa di mana universiti di rantau Asia Tenggara akan terus serta.

“Mungkin pada masa depan kita boleh adakan persidangan bersama Tari Nusantara, memanfaatkan kepengerusian ASEAN 2025 oleh Malaysia, dengan UPM Sarawak sebagai sekretariat tetap dan Konsortium Universitas Borneo (KUUB) berperanan sebagai hab ilmu, budaya dan perpaduan global,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutupan CTN 2025 di Dewan Sri Kenyalang, UPM Sarawak di sini, semalam.

Program anjuran UPM Sarawak dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) dan KUUB itu turut disokong Kementerian Pendidikan Tinggi serta Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan.

Pegawai Kebudayaan Pusat Pembangunan Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM), Murshid Md Hussain yang mewakili MAKUM berkata, CTN 2025 membuktikan seni dan budaya mampu menyatukan Nusantara melalui bahasa sejagat.

“Sepanjang beberapa hari ini kita telah disajikan dengan persembahan hebat daripada 10 universiti selatan Malaysia dan Indonesia yang bukan sahaja menampilkan keindahan seni tari tetapi juga menjadi cerminan warisan, identiti dan kreativiti Nusantara.

“CTN 2025 menunjukkan bahawa seni dan budaya adalah bahasa sejagat. 

“Meskipun datang dari pelbagai latar, kita disatukan oleh kecintaan terhadap warisan,” katanya.

Tahun ini menyaksikan penyertaan universiti tempatan termasuk Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan UPM Serdang, selain kehadiran antarabangsa dari Universitas Borneo Tarakan, Indonesia.

CTN 2025 menobatkan UPM Serdang sebagai johan keseluruhan dengan hadiah wang tunai RM5,000 beserta plak. 

Naib johan disandang Universitas Borneo Tarakan yang menerima RM3,000 dan plak, manakala Universiti Malaysia Sabah meraih tempat ketiga dengan hadiah RM2,000 dan plak.

Oleh Carolyne Utih

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: UPSI perkukuh kelestarian warisan adat Iban melalui syarahan utama
Next: Wilfred Yap stresses constitutional supremacy in defending Sarawak’s rights

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.