Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Cadangan ambil alih Unimas diserahkan kepada Roland Sagah – Sim
  • TEMPATAN

Cadangan ambil alih Unimas diserahkan kepada Roland Sagah – Sim

Utusan Sarawak 4 days ago
DATUK Amar Dr Sim Kui Hian bercakap ketika ditemui media selepas majlis perasmian sebuah syarikat media antarabangsa di Bangunan JT, Kuching. Foto UKAS

KUCHING: Cadangan agar kerajaan Sarawak mengambil alih Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) sebagai langkah jangka panjang mengatasi kekurangan doktor di negeri ini diserahkan kepada Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat.

Aktivis sosial Voon Shiak Ni sebelum ini mencadangkan langkah tersebut, dengan alasan ramai pelajar cemerlang di Sarawak bercita-cita melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan tetapi gagal mendapat tempat di universiti tempatan.

Bagaimanapun, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata perkara itu berada di bawah bidang kuasa Datuk Seri Roland Sagah, menteri yang bertanggungjawab terhadap pendidikan negeri.

“Kesihatan, saya boleh ulas. Tetapi pendidikan terletak di bawah kementerian lain dan saya serahkan kepada Dato’ Sri Roland Sagah,” katanya ketika ditemui media selepas majlis perasmian sebuah syarikat media antarabangsa, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Sim menegaskan isu autonomi pendidikan dan kesihatan berkait rapat dengan hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). 

“Proses menuntut semula autonomi itu amat kompleks, melibatkan pindaan perlembagaan serta lebih 40 undang-undang.

“Walaupun perubahan undang-undang mungkin mengambil masa bertahun-tahun, Sarawak boleh meneliti alternatif lain seperti pendelegasian kuasa daripada kerajaan Persekutuan sekiranya wujud kemahuan politik yang mencukupi.

“Autonomi pendidikan dan kesihatan kekal sebagai cabaran terbesar negeri ini, namun penting untuk rakyat memahami bahawa ia adalah proses berperingkat bagi memulihkan hak Sarawak yang pernah terhakis,” ujarnya.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: SCMF 2025 bakal jadi festival muzik country terbesar di Asia, pacu ekonomi pekan warisan
Next: PML teruskan bantuan biasiswa anak ahli ke universiti awam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.