Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • BUDI95: Pengusaha stesen minyak sedia pelan sandaran, pastikan pengguna nikmati harga subsidi
  • NASIONAL

BUDI95: Pengusaha stesen minyak sedia pelan sandaran, pastikan pengguna nikmati harga subsidi

Utusan Sarawak 3 days ago

PRESIDEN Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata pengusaha stesen minyak di seluruh negara telah bersiap siaga dengan langkah sandaran operasi bagi meminimumkan gangguan dan memastikan rakyat dapat menikmati harga subsidi yang ditetapkan iaitu RM1.99 seliter.

KUALA LUMPUR: Orang ramai diberi jaminan bahawa pelaksanaan subsidi bersasar di bawah inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) yang bermula 27 September ini tidak akan menjejaskan bekalan atau transaksi di stesen minyak walaupun dijangka berlaku lonjakan penggunaan.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata pengusaha stesen minyak di seluruh negara telah bersiap siaga dengan langkah sandaran operasi bagi meminimumkan gangguan dan memastikan rakyat dapat menikmati harga subsidi yang ditetapkan iaitu RM1.99 seliter.

“Pengusaha-pengusaha stesen minyak telah ada pelan kesinambungan perniagaan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan subsidi tersebut sekiranya sistem transaksi tergendala. 

“Kita tak nak susahkan rakyat… kita nak pastikan rakyat dapat juga harga RM1.99 itu… kesiapsiagaan itu, harap-harap menjelang 27 September nanti, semuanya sudah cantik,” katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam tadi. 

Beliau juga berharap agar orang ramai dapat bersabar sekiranya berlaku sebarang kelewatan atau gangguan dan memberi jaminan pengusaha stesen minyak akan membantu memastikan semua pelanggan mendapat harga subsidi itu.

Pada Isnin lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan harga petrol RON95 dikurangkan kepada RM1.99 seliter berbanding RM2.05 seliter menerusi penyasaran subsidi di bawah program BUDI95.

Menurut Kementerian Kewangan, sistem BUDI95 dibuka awal kepada 300,000 anggota tentera dan polis pada 27 September manakala bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada 28 September diikuti 30 September bagi 16 juta rakyat Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas yang memiliki MyKad serta lesen memandu aktif.

Sementara itu, penganalisis ekonomi Fakulti Perniagaan UniKL Profesor Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid menyifatkan BUDI95 sebagai satu usaha murni dan baik yang mencerminkan keberanian politik kerajaan dalam melaksanakan dasar yang sudah lama tertangguh. 

“Nak buat ini bukan sesuatu yang mudah dan Kerajaan MADANI telah mengorak langkah dengan beraninya sebab amaun subsidi itu makin bertambah,” katanya. 

Beliau berkata kejayaan rasionalisasi itu mampu memberikan penjimatan besar kepada negara seterusnya boleh disalurkan semula kepada rakyat dengan dana yang dikumpul dapat diagihkan kepada sektor kritikal negara seperti kesihatan. 

Beliau juga berkata kesinambungan dasar amat penting bagi memastikan impak jangka panjang dapat dicapai sambil menyeru kerajaan agar terus menambah baik mekanisme pelaksanaan berdasarkan maklum balas daripada rakyat dan pengusaha.- Bernama

Continue Reading

Previous: Notis tunjuk sebab kepada Mohd Shafie sudah siap untuk diserahkan – Pengarah Pendakwaah Sabah
Next: Gagal perbaharui lesen memandu lebih tiga tahun berisiko tidak layak subsidi RON95 – Loke

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.