Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Papagomo diperintah bela diri kes hasut, datangkan kebencian terhadap Agong
  • MAHKAMAH

Papagomo diperintah bela diri kes hasut, datangkan kebencian terhadap Agong

Utusan Sarawak 1 week ago
PENULIS blog Wan Muhammad Azri Wan Deris (kiri) atau lebih dikenali sebagai Papagomo hadir di Mahkamah Sesyen hari ini berhubung menerbitkan penerbitan menghasut berkaitan isu pemilik KK Supermart & Superstore Sdn Bhd menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di laman Twitter atau X miliknya. Mahkamah Sesyen memerintahkan Papagomo, membela diri atas pertuduhan menghasut yang mendatangkan kebencian terhadap Sultan Ibrahim. Hakim Norma Ismail membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan, yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nursyuhada Husna Sulaiman, berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Wan Muhammad Azri. Mahkamah kemudian menetapkan 4 Nov ini untuk Wan Muhammad Azri memberi keterangan. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris, atau lebih dikenali sebagai Papagomo, membela diri atas pertuduhan menghasut yang mendatangkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Hakim Norma Ismail membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan, yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nursyuhada Husna Sulaiman, berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Wan Muhammad Azri.

Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali memaklumkan mahkamah pihaknya akan mengemukakan seorang saksi iaitu Wan Muhammad Azri sendiri pada prosiding membela diri.

Mahkamah kemudian menetapkan 4 November ini untuk Wan Muhammad Azri memberi keterangan.

Pada 2 Mei 2024, Wan Muhammad Azri, 42, yang juga bekas Exco Pemuda UMNO mengaku tidak bersalah menerbitkan penerbitan menghasut berkaitan isu pemilik KK Supermart & Superstore Sdn Bhd menghadap Sultan Ibrahim di laman Twitter atau X miliknya.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Bukit Bintang di sini pada 12 tengah hari 29 April tahun lepas mengikut Perenggan 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman maksimum tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan kes itu, yang bermula pada Oktober tahun lepas, menyaksikan sembilan saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Inkues Zara Qairina: Saksi kanak-kanak kedua beri keterangan
Next: Inkues Zara Qairina: Saksi kanak-kanak kedua selesai beri keterangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.