Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak sasar jadi hab AI terkemuka Malaysia menjelang 2027 – Roland Sagah
  • TEMPATAN

Sarawak sasar jadi hab AI terkemuka Malaysia menjelang 2027 – Roland Sagah

Utusan Sarawak 4 days ago
RAKAMAN gambar kenangan semasa Majlis Perasmian Industry Connect @ Sarawak 2025, hari ini.

KUCHING: Sarawak menyasarkan untuk muncul sebagai hab kecerdasan buatan (AI) terkemuka Malaysia menjelang 2027, sejajar dengan aspirasi Pelan Induk Ekonomi Digital Sarawak 2030 (SDE 2030).

Menurut Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD), Dato’ Sri Roland Sagah Wee Inn, usaha itu merupakan salah satu tonggak utama Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030), yang meletakkan pembangunan bakat sebagai asas transformasi ekonomi negeri.

“Inisiatif ini dilaksanakan melalui kerjasama strategik dengan Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) dan Amazon Web Services (AWS) bagi mempercepat penerapan teknologi AI serta membina kumpulan bakat yang bersedia untuk masa depan.

“Bakat adalah enjin pertumbuhan sebenar. Tanpa tenaga kerja berkemahiran dan bersedia untuk masa depan, aspirasi pembangunan ekonomi Sarawak tidak akan dapat direalisasikan,” katanya ketika berucap pada majlis Perasmian Industry Connect @ Sarawak 2025 di sini, hari ini.

Tambah beliau, usaha menjadikan Sarawak hab AI ini bakal memacu ekosistem tenaga boleh diperbaharui, memperkukuh rantaian nilai semikonduktor, serta menyediakan rakyat dengan kemahiran digital untuk menghadapi ekonomi berasaskan teknologi.

“Dekad akan datang adalah peluang keemasan untuk Sarawak menetapkan penanda aras baharu di rantau ini.

“Sama ada dalam pusat data mesra AI, tenaga boleh diperbaharui, mobiliti inklusif atau rantaian bekalan global bernilai tinggi,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp, Thomas Mathew, menegaskan peranan TalentCorp sebagai badan pemikir strategik KESUMA dalam mengemudi perubahan tenaga kerja negara.

“Dapatan Senarai Pekerjaan Kritikal (MyCOL) 2024/2025 menunjukkan Sarawak berdepan kekurangan bakat dalam bidang teknikal, kejuruteraan, ICT, kesihatan dan pendidikan, sekali gus menjadi panduan kepada inisiatif seperti MyMahir dan MyNext.

“Lonjakan Malaysia lapan tangga ke kedudukan ke-25 dalam IMD World Talent Ranking membuktikan usaha jangka panjang membuahkan hasil, namun ia juga meletakkan penanda aras lebih tinggi,” ujarnya.

Program Industry Connect @ Sarawak 2025 yang dianjurkan dengan kerjasama Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp), menghimpunkan lebih 200 peserta daripada pelbagai sektor termasuk majikan, agensi kerajaan, akademia dan industri bagi membincangkan hala tuju pembangunan tenaga kerja negeri.

Program ini dijangka menjadi platform penting untuk menyelaras strategi pembangunan bakat Sarawak dengan keperluan industri semasa.

Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Eric Tay welcomes Sabah’s move to recognise UEC
Next: SCMF 2025 bakal jadi festival muzik country terbesar di Asia, pacu ekonomi pekan warisan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.