Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • AirAsia sasar 45 peratus pasaran Malaysia, 70 peratus domestik
  • BISNES

AirAsia sasar 45 peratus pasaran Malaysia, 70 peratus domestik

Utusan Sarawak 4 weeks ago

KETUA Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia AviationAmanda Woo berkata syarikat penerbangan itu kini menguasai sebanyak 41 peratus daripada keseluruhan pasaran Malaysia dan 60 peratus daripada sektor domestik.

CEBU: AirAsia menyasarkan untuk menguasai sehingga 45 peratus daripada keseluruhan pasaran penerbangan Malaysia dan 70 peratus daripada sektor domestik dalam tempoh dua tahun akan datang, disokong oleh penambahan kapasiti pesawat baharu dan strategi pengembangan antarabangsa.

Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia AviationAmanda Woo berkata syarikat penerbangan itu kini menguasai sebanyak 41 peratus daripada keseluruhan pasaran Malaysia dan 60 peratus daripada sektor domestik.

“Dengan tambahan kapasiti dan serahan pesawat, kami yakin dapat meningkatkan keseluruhan pegangan pasaran kami kepada 45 peratus dan pegangan pasaran domestik kepada 70 peratus,” katanya kepada Bernama di luar majlis pelancaran pembukaan semula penerbangan terus AirAsia antara Kuala Lumpur dan Cebu, Filipina, pada Selasa.

Beliau berkata syarikat penerbangan itu telah pulih sepenuhnya dari segi kapasiti di seluruh ASEAN dan India selepas pandemik COVID-19 dan kini sedang meninjau pertumbuhan di luar rantau ini.

“Kami telah melancarkan perkhidmatan ke Karachi (Pakistan) dan Tashkent (Uzbekistan) pada tahun ini dan Istanbul adalah destinasi seterusnya. Kami turut mempertimbangkan rantau Teluk yang akan menjadi hab strategik untuk menghubungkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Eropah, termasuk London,” katanya.

Woo berkata pengembangan ini selaras dengan strategi multihab AirAsia dan visinya untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab mega kumpulan, membolehkan jaringan yang lancar merentasi ASEAN dan destinasi lain.

“Malaysia merupakan pasaran teras kami dan kami mahu Kuala Lumpur menjadi hab pilihan. Dengan lebih banyak pesawat, kami yakin dapat mengukuhkan pegangan pasaran kami pada peringkat domestik dan antarabangsa,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Next: Bursa Malaysia dibuka rendah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.