Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Taufan Super Ragasa: Rakyat Malaysia dinasihat berwaspada di Hong Kong, Macao
  • NASIONAL

Taufan Super Ragasa: Rakyat Malaysia dinasihat berwaspada di Hong Kong, Macao

Utusan Sarawak 3 days ago
HONG KONG menutup sekolah dan membatalkan penerbangan ketika Taufan Super Ragasa menghampiri dengan pasukan tentera memberi amaran akan menjadi antara yang paling merosakkan dalam sejarah bandar baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: Konsulat Jeneral Malaysia di Hong Kong dan Macao menasihatkan rakyat Malaysia yang berada atau melancong ke wilayah berkenaan supaya kekal berada di dalam bangunan dan berwaspada ketika Taufan Super Ragasa melanda kawasan itu.

Dalam hantaran di laman Facebook rasminya pada Sabtu, konsulat memaklumkan bahawa amaran Taufan Tropika Isyarat No. 10 telah dikeluarkan pada 2.40 pagi (waktu tempatan), diikuti dengan Pengumuman Khas Isyarat Amaran Ribut Petir Ambar pada 2.45 pagi (waktu tempatan) di wilayah berkenaan.

“Amaran itu dijangka kekal berkuat kuasa untuk tempoh tertentu,” menurut kenyataan itu.

Konsulat juga menasihatkan rakyat Malaysia supaya mengambil langkah berjaga-jaga termasuk berada di tempat selamat ketika isyarat siklon tropika T8 (atau lebih tinggi) dikeluarkan, menyimpan bekalan makanan serta keperluan penting, dan menjauhi kawasan persisiran pantai.

Rakyat Malaysia turut diingatkan supaya menghubungi syarikat penerbangan masing-masing untuk mendapatkan maklumat terkini jadual penerbangan, manakala mereka yang memerlukan rawatan perubatan segera diminta menghubungi talian kecemasan 999 serta memaklumkan kepada konsulat melalui e-mel di mwhongkong@kln.gov.my atau WhatsApp di talian +852-6900-6390.

Konsulat turut menggalakkan rakyat Malaysia mengikuti garis panduan keselamatan tempatan dan sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa berkenaan, termasuk Balai Cerap Hong Kong (https://www.hko.gov.hk/en/index.html) dan Biro Meteorologi dan Geofizik Macao (https://www.smg.gov.mo/en).- Bernama

Continue Reading

Previous: Anwar sampaikan ucapan bersejarah di Parlimen Timor-Leste, bertemu Gusmão
Next: Rundingan AEM, Wakil Perdagangan AS Jamieson Greer jadi tumpuan hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.