Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Lebih 254,000 dewasa di Malaysia alami obesiti
  • NASIONAL

Lebih 254,000 dewasa di Malaysia alami obesiti

Utusan Sarawak 3 days ago
MENTERI Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bergambar ramai semasa Kempen Kesedaran Obesiti My Best Me hari ini.
Turut hadir Pengurus Besar, Pengkomersilan Malaysia, Singapura dan Brunei, Zuellig Pharma, Binh Thai dan Naib Presiden, Strategi Pengkomersialan dan Farmasi Pemasaran, Zuellig Pharma, Jeffry Nardo (tiga, kiri). Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Lebih 254,000 golongan dewasa Malaysia dikenal pasti mengalami obesiti menerusi Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata daripada 1.2 juta dewasan yang menjalani saringan di seluruh negara setakat September tahun ini, sebanyak 30.9 peratus didapati obes dan 30.8 peratus lagi berlebihan berat badan.

“Ini adalah satu isyarat kepada kita. Obesiti bukan sekadar isu gaya hidup, tetapi juga cabaran kesihatan awam yang mendesak serta memerlukan pengesanan awal, intervensi dan perubahan persepsi masyarakat,” katanya pada majlis penutup Kempen Kesedaran Obesiti My Best Me di sini hari ini.

Beliau berkata Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2023 mendapati 54.4 peratus dewasa di Malaysia mengalami berlebihan berat badan atau obes, menunjukkan 22 peratus sejak 2011.

“Individu dengan obesiti berdepan risiko lebih tinggi menghidap diabetes, penyakit kardiovaskular, strok dan kanser, yang menyumbang lebih 70 peratus kematian di Malaysia,” katanya.

“Selain memberi kesan kepada kesihatan, obesiti turut membawa impak besar terhadap ekonomi apabila negara menanggung kerugian lebih RM64 bilion setahun melalui perbelanjaan kesihatan, kehilangan produktiviti dan kematian pramatang,” katanya.

Dzulkefly turut menekankan kepentingan menghentikan stigma terhadap obesiti, dengan menjelaskan bahawa mereka yang mengalami obesiti sering dianggap kurang berdisiplin, sedangkan hakikatnya mereka berdepan masalah kesihatan sebenar.

“Naratif mengenai obesiti perlu berubah daripada menyalahkan kepada memahami, dan daripada menghukum kepada menyokong, agar mereka yang terkesan menerima maklumat tepat, rawatan segera serta layanan penuh belas kasihan,” katanya.

Sementara itu, Dzulkefly berkata Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperkenalkan pengurusan klinikal obesiti secara bersepadu di peringkat penjagaan kesihatan primer, bermula dengan 10 klinik kesihatan dan diperluas secara berfasa.

Beliau berkata inisiatif berkenaan akan disokong menerusi laluan rujukan berstruktur, pasukan pelbagai disiplin serta petugas terlatih.

“Selama ini usaha kita lebih tertumpu kepada pendekatan bukan farmakologi seperti menggalakkan diet sihat, aktiviti fizikal dan sokongan tingkah laku.

“Walaupun pendekatan itu kekal penting, kita kini beralih kepada kaedah bersepadu yang turut merangkumi rawatan farmakologi dan jika sesuai, pilihan pembedahan untuk mengurus obesiti sebagai penyakit kronik,” katanya.

Beliau berkata usaha menangani obesiti memerlukan pendekatan menyeluruh kerajaan dan rakyat dengan penglibatan pertubuhan bukan kerajaan, ahli akademik, industri serta komuniti sebagai rakan kerjasama penting.- Bernama

Continue Reading

Previous: RMK13 tumpu kurangkan jurang pembangunan negeri, agih perbelanjaan seimbang
Next: ASEAN akan bekerjasama rapat dengan ASEAN-BAC pacu kemajuan serantau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.