Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Eksklusif: Gurauan melampau tetap buli fizikal, perlu tindakan tegas – Fatimah
  • TEMPATAN

Eksklusif: Gurauan melampau tetap buli fizikal, perlu tindakan tegas – Fatimah

Utusan Sarawak 5 days ago
DATO Sri Fatimah Abdullah, menegaskan perbuatan pelajar yang tular di media sosial baru-baru ini bukan sekadar gurauan, sebaliknya tergolong dalam kategori buli fizikal.

KUCHING: Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah, menegaskan perbuatan pelajar yang tular di media sosial baru-baru ini bukan sekadar gurauan, sebaliknya tergolong dalam kategori buli fizikal.

Beliau berkata, setelah menonton rakaman video berkenaan dan meneliti definisi ‘buli’, pandangannya selari dengan kenyataan Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, bahawa gurauan melampau tidak wajar dianggap ringan.

“Gurauan melampau yang boleh menyebabkan kesakitan dan kecederaan adalah tergolong dalam buli fizikal.

“Kebimbangan segera saya ialah sama ada pihak institusi membawa pelajar terbabit mendapatkan pemeriksaan dan rawatan di hospital atau klinik kerajaan selepas kejadian,” katanya ketika dihubungi Utusan Sarawak, hari ini.

Fatimah turut mempersoalkan sama ada pihak institusi pengajian berkenaan telah memberi teguran sewajarnya kepada pelajar terbabit.

“Adakah pihak institusi menegur bahawa perbuatan mereka adalah satu bentuk buli fizikal dan tidak boleh diamalkan?

“Adakah seluruh warga institusi diingatkan bahawa gurauan, kekerasan fizikal atau kekasaran melampau sama sekali tidak boleh diterima?” ujarnya.Terdahulu, video berdurasi 13 saat itu memaparkan sekumpulan pelajar mengangkat seorang rakan sehingga bahagian kelangkang mangsa terhentak pada tiang papan tanda, sambil disaksikan beberapa pelajar lain yang hanya ketawa.

Walaupun polis Miri menjelaskan hasil siasatan mendapati ia sekadar gurauan sempena sambutan hari lahir mangsa, Fatimah menegaskan mesej pencegahan tetap perlu diperjelaskan supaya kejadian seumpamanya tidak berulang.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Bergurau melampau juga buli
Next: UTS anjur bengkel COMSTECH-UTS perkukuh kerjasama saintifik negara OIC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.