Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek pembersihan longkang dan kolam tadahan dipergiat untuk cegah banjir kilat
  • Utara
  • WILAYAH

Projek pembersihan longkang dan kolam tadahan dipergiat untuk cegah banjir kilat

Utusan Sarawak 3 days ago

TINJAU… Dato Sri Lee Kim Shin semasa meninjau projek pembersihan saliran, longkang dan kolam tadahan air di Miri, semalam. Foto UKAS

MIRI: Usaha berterusan bagi mengurangkan risiko banjir kilat di sekitar bandar raya Miri semakin diperkasa dengan pelaksanaan beberapa projek pembersihan saliran, longkang dan kolam tadahan air.

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, tiga kawasan dikenal pasti sebagai lokasi utama iaitu Jalan Dato Permaisuri 5A, Jalan Ilmu berhampiran Universiti Curtin serta kawasan penanaman nanas di Jalan Adong.

Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, projek pembersihan kolam tadahan seluas empat hektar di Jalan Ilmu telah siap dilaksanakan dengan kos RM50,000 manakala penyelenggaraan longkang di kawasan nanas Jalan Adong melibatkan kos RM41,520.

Kedua-duanya siap lebih awal bulan ini.

“Selain itu, sebuah projek bernilai RM144,720 turut diserahkan kepada kontraktor untuk membersihkan longkang utama sepanjang 12.6 kilometer dari Desa Pujut hingga ke Sungai Adong. Projek ini dijangka siap pada akhir Disember nanti.

“Secara keseluruhan, tiga projek tersebut menelan kos RM236,240 dan ia amat penting untuk mencegah banjir kilat di kawasan kerap terjejas seperti Desa Pujut, Jalan Ilmu dan Jalan Adong,” katanya selepas meninjau tiga lokasi projek tersebut semalam.

Dalam pada itu, Lee turut menggesa Majlis Bandaraya Miri (MBM) agar memberi perhatian khusus terhadap penyelenggaraan longkang tepi jalan supaya tidak tersumbat.

Beliau turut menegaskan bahawa Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) akan terus melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan secara berkala bagi memastikan sistem saliran sentiasa berfungsi dengan baik.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ahli Parlimen Miri gesa siasatan segera kes buli di IKBN Miri
Next: Latihan alat pernafasan tingkat keyakinan dan kemahiran anggota

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.