Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sidang Kemuncak Kepimpinan Korporat Sarawak 2025, 7-9 Oktober ini
  • SEMASA

Sidang Kemuncak Kepimpinan Korporat Sarawak 2025, 7-9 Oktober ini

Utusan Sarawak 4 days ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijadual merasmikan Sidang Kemuncak Kepimpinan Korporat Sarawak 2025. Foto SCOPE

KUCHING: Sidang Kemuncak Kepimpinan Korporat Sarawak 2025 bakal berlangsung di Damai Lagoon Resort, Pantai Damai, Santubong dari 7 hingga 9 Oktober depan dengan mengetengahkan tema ‘Future-Ready Governance: Catalysing Collaborative Leadership for Sarawak’s Next Leap’.

Sidang kemuncak yang dianjurkan oleh Sarawak Centre of Performance Excellence Sdn Bhd (SCOPE) dengan kerjasama Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri, International Institute of Enterprise Risk Practitioners (IERP) serta Institut Pengarah Korporat Malaysia (ICDM) ini menjadi platform penting dalam memperkukuh tadbir urus dan kapasiti kepimpinan institusi korporat di Sarawak.

Bertunjangkan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030), sidang berkenaan bertujuan memposisikan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan berkanun sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi, kelestarian dan inovasi negeri.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijadual merasmikan persidangan dan menyampaikan ucaptama serta mengadakan sesi dialog mengenai visi beliau dalam memperkasa GLC dan badan berkanun agar lebih berdaya tahan dari segi kewangan, cemerlang dalam tadbir urus dan berdaya saing di peringkat global.

Antara aspek utama yang akan dibincangkan termasuk pembinaan kepimpinan kolaboratif antara kerajaan dan korporat, amalan tadbir urus berasaskan masa hadapan, peningkatan kelestarian serta akauntabiliti kewangan GLC dan badan berkanun, pemacu transformasi digital, penerapan ESG, inovasi, selain perkongsian kajian kes transformasi korporat di peringkat serantau dan antarabangsa.

Sidang kemuncak ini dijangka menghimpunkan lebih 150 pemimpin daripada sektor awam dan swasta, sekali gus menjadi pemangkin era baharu tadbir urus korporat, kolaborasi dan kecemerlangan institusi di Sarawak.

Sidang Kemuncak Kepimpinan Korporat Sarawak merupakan acara tahunan yang berfungsi sebagai wadah dialog, pembangunan kapasiti dan perkongsian amalan terbaik dalam kalangan pemimpin GLC, badan berkanun dan sektor korporat. Edisi 2025 memberi tumpuan kepada tadbir urus masa hadapan serta kepimpinan kolaboratif sebagai pemacu lonjakan seterusnya pembangunan sosioekonomi Sarawak.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak-Samarkand perkukuh kerjasama pelancongan, budaya
Next: Sarawak buka ruang teroka konsep sempadan planet untuk pembangunan mapan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.