Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tayangan filem Divertimento perkukuh hubungan budaya Perancis-Sarawak
  • SEMASA

Tayangan filem Divertimento perkukuh hubungan budaya Perancis-Sarawak

Utusan Sarawak 5 days ago
PENASIHAT Kerjasama dan Tindakan Kebudayaan Kedutaan Perancis, Thierry d’Anna menyambut Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng, serta wakil-wakil institusi tempatan sempena tayangan filem Divertimento di Old Court House, Kuching semalam.

KUCHING: Kedutaan Perancis di Malaysia menganjurkan tayangan filem Divertimento di Bangunan Old Court House semalam sebagai sebahagian daripada Francophone Tour di Sarawak yang bertujuan mengukuhkan interaksi dengan pihak berkepentingan dalam bidang kebudayaan negeri ini.

Pada majlis itu, Penasihat Kerjasama dan Tindakan Kebudayaan Kedutaan Perancis, Thierry d’Anna menyambut kehadiran Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng bersama wakil daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), Pustaka Negeri Sarawak, Jabatan Muzium Negeri Sarawak, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan UCSI.

Turut hadir ialah Konsul Kehormat Perancis di Kuching, Audrey Wan Ullok dan 10 rakyat Perancis yang menetap di Sarawak.

KEDUTAAN Perancis di Malaysia menganjurkan tayangan filem Divertimento di Bangunan Old Court House semalam.

Melalui Francophone Tour ini, Kedutaan Perancis berhasrat memperkukuh hubungan antara Perancis dengan negeri-negeri Malaysia dalam bidang pendidikan termasuk enam sekolah di Sarawak yang menawarkan pengajaran bahasa Perancis dengan ramai pelajar mengikuti peperiksaan DELF scolaire setiap tahun.

Kerjasama juga sedang dijalankan dalam pendidikan tinggi dan penyelidikan bersama Unimas dan UCSI.

Bagi bidang kebudayaan, French Corner telah diwujudkan di Perpustakaan Negeri Sarawak dan perbincangan sedang dijalankan untuk memperluas ruang tersebut, termasuk kemungkinan penyertaan Perancis dalam festival makanan yang dijadualkan tahun hadapan.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Ahli Parlimen Miri sambut baik inisiatif BUDI95, harap pelaksanaan lancar
Next: BUDI95: JPN sedia kemudahan tukar cip MyKad rosak secara percuma bermula esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.