Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • STAIL
  • Didik anak bertani untuk hargai alam
  • STAIL

Didik anak bertani untuk hargai alam

Utusan Sarawak 5 years ago
LIEW mengajar anaknya, Fellyna cara menjaga sayur sawi yang ditanam dalam pasu.

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam menyediakan aktiviti harian kepada anak-anak sepanjang tempoh berlakunya pandemik Covid-19 ini agar masa yang ada tidak terbuang begitu sahaja.

Melalui masa yang ada itu, kiranya dapatlah dipenuhkan dengan aktiviti yang boleh merapatkan hubungan kekeluargaan.

Di rumah, sudah pasti ada pelbagai aktiviti boleh dilakukan bersama seisi keluarga seperti memasak, mengemas, menonton, menanam dan paling menarik bermain e-sukan bersama.

Patricia Liew, seorang ibu yang juga merupakan suri rumah mempunyai cara lain untuk berkongsi masa berharga dengna anaknya, Fellyna.

Selain aktiviti harian yang biasa seperti menonton televisyen dan mengemas rumah bersama, Patricia mengajak anaknya itu berkebun secara kecil-kecilan di halaman rumah mereka. 

Dia menganggap aktiviti ini bukan sahaja menyihatkan tetapi dapat memberi pulangan lumayan, terutama menjimatkan perbelanjaan untuk membeli sayur-sayuran bagi mereka sekeluarga.

“Aktiviti harian kami sekeluarga pada awal pagi kami akan menyiram sayur untuk memberi kesegaran kepada sayur.

“Pada sebelah petang pula kami akan membuat aktiviti berkebun seperti tanam sayur sawi, cangkuk manis, cili dan Aloe Vera,” katanya ketika ditemu ramah.

Kata Patricia,  hobinya memang bertanam sayur dan sekarang hobi itu dikongsi dengan anak pula agar dia dapat belajar untuk menghargai tumbuh-tumbuhan.

“Di samping itu, aktiviti bercucuk tanam ini sekali gus mendedahkan anaknya dengan ilmu sains  seperti cara pembiakan tumbuh-tumbuhan, bagaimana peranan baja, air dan cahaya matahari mempengengaruhi tumbuhan serta banyak lagi.

“Pada masa sama, ia juga meningkatkan kemahiran mereka berinteraksi dengan alam, misalnya  mereka tak jijik dengan tanah, geli terhadap cacing dan sebagainya.  Dengan cara ini anak-anak kan lebih menghargai alam sekitar mereka,” ujarnya.

Liew berkata, walaupun  sibuk dengan kerja di rumah namun dia tetap mementingkan pengurusan aktiviti seharian anaknya di rumah.

Oleh Cheryl Law

Continue Reading

Previous: Gamelan satukan ‘hati dan jiwa’
Next: Jenama UNIMAS kian kukuh di persada antarabangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.