Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Premier Sarawak tiba di London lawatan kerja rasmi
  • SEMASA

Premier Sarawak tiba di London lawatan kerja rasmi

Utusan Sarawak 5 days ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba di London semalam bagi memulakan lawatan kerja rasmi selama lima hari. Foto UKAS

LONDON: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba di London semalam bagi memulakan lawatan kerja rasmi selama lima hari yang memberi tumpuan kepada bidang pendidikan, ekonomi dan teknologi semikonduktor.

Turut mengikuti lawatan tersebut iaitu Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan Sarawak memperkukuh kedudukan negeri di peringkat global khususnya dalam pembangunan modal insan serta menjalin kerjasama strategik dengan industri berteknologi tinggi.

Sepanjang berada di London, Premier Sarawak dijadual menghadiri beberapa program utama termasuk sesi bersama London School of Economics (LSE) pada Selasa pagi, diikuti lawatan kerja ke Henley Business School pada sebelah petang.

Pada Rabu, beliau akan menyertai program SMD Semiconductor di Microelectronics UK, yang bakal menyaksikan pelancaran teknologi baharu serta pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) dengan rakan industri dari United Kingdom dan Eropah.

Pada program berkenaan, Premier Sarawak turut dijadual menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Building the Integrated Silicon Longhouse: Sarawak Blueprint to Accelerate Global Investment & Industry Impact’ di ExCeL London.

Lawatan kerja Premier Sarawak dijangka berakhir pada Khamis sebelum beliau berlepas pulang ke Kuching.

Usaha ini diyakini akan membuka lebih banyak peluang kerjasama antara Sarawak dan rakan antarabangsa dalam bidang pendidikan, penyelidikan serta inovasi teknologi, seiring aspirasi Sarawak untuk muncul sebagai hab semikonduktor serantau.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: MoU Sarawak-Fergana perkukuh hubungan dalam warisan dan industri kreatif
Next: CENTEXS, Biro Wanita SABERKAS meterai MoU perkasa wanita Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.