Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • i-CATS dan METU Turkiye perkukuh kerjasama dalam sains dan teknologi
  • PENDIDIKAN

i-CATS dan METU Turkiye perkukuh kerjasama dalam sains dan teknologi

Utusan Sarawak 7 days ago
KOLEJ Universiti i-CATS mencatat pencapaian antarabangsa penting menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Middle East Technical University (METU), Turkiye salah sebuah institusi terkemuka dunia dalam bidang sains, kejuruteraan dan teknologi.

ANKARA: Kolej Universiti i-CATS mencatat pencapaian antarabangsa penting menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Middle East Technical University (METU), Turkiye salah sebuah institusi terkemuka dunia dalam bidang sains, kejuruteraan dan teknologi.

Majlis menandatangani MoU berlangsung sempena Persidangan Aeroangkasa Antarabangsa Ankara ke-13 (AIAC’25) yang dianjurkan oleh METU dari 17 hingga 19 September.

Kerjasama ini bakal merangkumi penyelidikan bersama, pertukaran pelajar dan pensyarah, pembangunan profesional serta inisiatif industri selaras dengan strategi Malaysia dan Turkiye.

i-CATS turut membentangkan kertas kerja dalam persidangan tersebut, sekali gus menyerlahkan keupayaan penyelidikan fakulti aeroangkasa institusi itu.

Pengerusi Lembaga Pengarah i-CATS, Datuk Amar (Dr) Abdul Aziz Dato Husain menyifatkan kerjasama ini sebagai pemangkin transformasi Sarawak ke arah pusat kecemerlangan pendidikan dan inovasi teknologi tinggi.

Naib Canselor i-CATS, Profesor Emeritus Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi pula menyatakan MoU ini membuka peluang kepada penyelidikan berimpak tinggi dan mobiliti bakat global.

Naib Presiden METU, Profesor Dr Feride Pınar Acar menyambut baik kerjasama tersebut yang disifatkan mampu memberi impak global dalam pembangunan ilmu, bakat dan inovasi.

METU ditubuhkan pada 1956 dan kini menjadi universiti penyelidikan utama di Turkiye, manakala i-CATS telah menjadi universiti milik penuh kerajaan Sarawak sejak 2023 selaras dengan matlamat Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Prof Dr Tunza raih anugerah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan
Next: Dato Wee sokong kecemerlangan akademik di Bengkel SPM STAR 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.